Wednesday 28 December 2011

wordless wednesday #7


#Fogging =.='

Saturday 17 December 2011

A day in a Month =P

hai.. Assalamualaikum.. long time not update story right.. lets begin... #DrumSound 
today are seriously.. totally a tired day for me.. indeed! =/ .. its a coincidence for me slept early last night.. as today i have a long.. long.. long.. journey.. yippi!! 
u know what.. at 8am i already and have to woke as soon as possible.. why?? hah!! i need to company my friend @zarifah went to PUDU.. a station bus at KL.. she went to 'Balek Kampong' at Perak.. hope she will be fine.. its a first trip for her siting alone in the bus.. such an independent girl! Bravo Iffah! =D #Clap2 



hmm.. u know what.. something happen..
someone said 'hye...' and i reply 'hye' too.. n at sudden he give his hand to greet.. arghh!! #Shocked! =O .. usually, i said 'cannot.. we are not MUHRIM'.. but today i said.... 'cannot.. we are not in the same religion'... thank God he okay.. he just give me a smile.. n i smile back to him.. #SMILE.. after that i went back to my hostel n get my lunch b4 i begin my journey to TBS #Another bus station at KL for south people.. yeahh! dats me! =) 

b4 enter the station!! cool right! :O

 



nice right?? yeaahh! i know that! #Proud =P .. yap its likely almost same like an airport.. am i right?? just go and see it by yourself.. huhu.. the main reason i went to TBS is actually i had a date with my old Friend.. @Fatin Aisyah.. but.. she cancelled our date.. frust?? nope! i had a PLAN B.. =) .. buy tickets back to JB for this coming x-mast holiday! ouh yeaaaah~ #With cute smile ..

to JB - 24/12 - Saturday - 2.30pm
~chicken floss, fish tuna, cheese, hot dog cheese~
yummy!

n to made this story more fun when i had a conversation with someone after i pray Asar ...
someone 'hey, bru lepas solat ke?'
n i said.. ' yupz' .. 
someone 'bgusla.. ramai org yg x igt Allah.. ade Allah, ade kite... brape umur?? ouh.. msih stdy??.. '
me.. '19.. yupz.. kat '.
someone 'agak2 awk, sy umur brape??'
me.. 'hmm... 25??.. 30??..31???'
 someone 'sy 29 =)' .. me.. 'ouh.. almost right!'
someone 'hmm, x salah kan if kite kwn.. ke da ade bf??'
me.. 'hee.. klo nak kwn x salahkan.. sy xnk cari bf.. sy cari suami je'.. =3
someone 'ouh yeke.. da ade calon ke?'
me.. 'belom'.
someone 'ouh =)'

n my heart said:.. is it he want to make a new friend or interview me as his gf?? -.-'' #Awkward moment..


and another fun in this trip is.. when i thought i loss my destination as i engrossed to look around.. haha.. n when i get off from LRT .. 'aik?? hey! why Kelana Jaya??' :O .. n i went back to LRT again.. sudden i heard '.. next station is BANDARAYA..' .. me.. =='' ... hahaa.. damn fun! how so silly i am.. haha


finally i arrived at my hostel at 7.42pm.. yess!! Alhamdulillah i can Pray at Hostel! #Happy =)


***end of the funny day***
^_^''

Wednesday 14 December 2011

wordless Wednesday #6


i know in deep my heart! Fear those who have nothing to lose, they will do anything to win..

Tuesday 13 December 2011

zina berterusan walaupun sudah diijabkabulkan..



Perkahwinan untuk pasangan yang terlanjur pada hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat.


- #Reblog

Tidak kira kamu budak sekolah agama, atau bukan..




Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

- #Reblog

friend beyond the reach of me..







rite now,i look at her pic..i cry..i cry..n i cry..
totally miz her so deeply much..but,im not strong enough to add u..the past back stabbing in the heart. pain does not count. it makes my life changed, my mind changed, my attitude changed, is changing all the circumstances ..even though I hurt, very disappointed,I still miz u..but if I see ur pic, it really hurts me..sorry,,lil dear. :'(
astaghfirullah hal a'zim..


now , I see your picture ... I was very sad .. I cry .. cry ... and continued to cry ...sorry, .. I am not the best .. not a good friend ...but, I love you .. love you very much ...I do not know how to do anymore ...awk, I miss you very much ..but, sorry .. I am not a good friend ...
If you see me or bumped into me, .. you never commented me .. yeahI don't want you greet me ...keyh
but I don't want you hate me ..
you know,although I miss you ..but, when I saw your picture ...it really hurts my heart ..
you change me ..you changed my life ..you change my mind ..you changed my attitude ..you change my appearance ..
thank you 'friend'
you know ..what you have done to me?? ..you know ....
you disable my heart ..you turn off the joy of my life ..you off my mind ..you switch off every inch of my body ..you disable my life ..
thank you ...^^
you know ...Im glad, I have a kind of friend just like you ..because of you ..I learned ..what it is ..strong ..sick ..love ..miss ..believe ..honestly ..vacuum .. empty ..disappointed ..pardon ..peace ..rise ..
never mind .. I don't care ..even any reason, .. whatever you look a like ..I still miss you yee .. ^ ^
that is, .. I'm sorry very much ..Because I can't see you ...
its will hurt me...^^


kalo0 nie warkah saya yg terakhir,..
ingat taw...saya sayang awak....
saya dah maafkan awak..
cume,..atie saya jer....yg susah nak terima...
apa yg awak dah buat 'kat' saya...oupzz...'untuk' saya...
sebab tu larh saya mnta maaf...
saya x dapat nak jadi kawan yg baek...
saya x dapat tengok awak...
sebab tu larh...
saya x nak awak tegur saya kalo0 awak nampak saya...^^
ingat taw ... jangan tego0 saya..^^

sebab ia ambil masa sikit tok saya ubat atie saya nie....
x lme wak,.kejap je k..
owk larh...
thx kalo0 awak bce nie...


from ur unstatus frenz...,^^

___its me______


*l0l*...:')

- #Reblog

to #Future Husband ..



“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.. duhai future husband ku..


Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan...

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat...

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan bazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk buat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak...

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku... ingatlah ..

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah...


“PELIHARALAH DIRI DAN JAGA KESUCIAN”


p/s: to my future hubby - sayang..sy x perlukan KLCC untuk tahu seberapa tinggi nilai cintamu .. x perlukan kereta Ferrari untuk tahu seberapa mahalnya cintamu .. x perlukan aircond cukuplah dengan kipas untuk tahu nikmatnya berada di sisimu .. xperlukan kata-kata jiwang cukupla perkataan 'Aku Sayang Kepada mu' untuk tahu isi hatimu ... sayang .. jangan datang lambat sangat tau .. diri ini menantimu ~
♫... yg ikhlas menanti ...♫  ^_^


When I'm older and my daughter asks who my FIRST LOVE was,
I don't want to have to pull out the old photo album.
I want to be able to point out across the room and say,
"He 's sitting right over there." ♥ 



...
 \(•Ë†Ë†•)/  ...

- #Reblog

sahabat..






Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.

- #Reblog

fikir2 nak kahwin? bace ni..





Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.: Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu dia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya berbual. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih muda? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah dia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)

Pemilik Rahsia Rasulullah..


Alkisah pada suatu hari, seorang anak kecil sedang menggembala kambing kepunyaan pembesar Quraisy, Uqbah bin Abi Mu'aith, dan telah datang kepadanya Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. yang sangat keletihan dan kehausan hinggakan bibir mereka kering. Mereka mengucapkan salam seraya berkata, "Wahai anak kecil, perahkanlah untuk kami susu kambing ini agar dahaga kami hilang dan keringat kami hilang."
"Maaf, aku tidak boleh melakukannya. Kambing ini bukan milikku. Aku hanya seorang penggembala." Jawab anak itu bersenandungkan amanah.
Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Tunjukkan kepadaku (1)kambing yang belum dikahwinkan." Anak kecil itu, yang digelar Ibnu Ummi Abdul, menunjukkan kepada seekor kambing kecil yang berada dekat dengannya. Rasulullah s.a.w. menghampiri kambing itu lantas memegang puting susunya dengan tangan, menyebut nama  Allah lalu meniupnya. Dan keluarlah susu kambing itu bercucuran. Ibnu Ummi Abdul, atau nama sebenarnya Abdullah ibn Mas'ud, hanya memerhati dengan penuh kehairanan.
Abu Bakar r.a. mengisi air susu itu dalam seketul batu yang berlubang lalu mereka, termasuk Abdullah, meminumnya. Selesai hajat mereka, air susu itu berhenti mengalir sebaik sahaja diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Ajarkan kepadaku kalimat yang engkau ucapkan tadi," kata Abdullah.
"Engkau anak yang terdidik," jawab Rasulullah.
Itulah permulaan kisah Abdullah ibn Mas'ud r.a. dengan Rasulullah s.a.w.. Sedari pertemuan itu, Abdullah menggauli Nabi Allah, Muhammad s.a.w. hingga akhirnya dia memilih Islam sebagai agamanya. Abdullah termasuk golongan As-Sabiqunal Awwalun, iaitu kelompok pertama yang menerima Islam. Dia kemudian menawarkan diri untuk berkhidmat kepada baginda dan jadilah dia pembantu kepada Penghulu Para Nabi.
Membesar di rumah baginda membuka peluang kepada Abdullah untuk ditunjuk ajar, belajar, dan mencontohi Rasulullah. Sejarah meriwayatkan bahawa Ibn Mas'ud adalah sahabat yang paling banyak membaca Al-Quran, paling memahami maknanya dan paling mengetahui syari'at Allah s.w.t.. Bahkan Rasulullah s.a.w. mengizinkan Abdullah masuk ke (2)rumah baginda sesuka hatinya dan menyingkap landasan rahsia baginda hinggakan dia dipanggil Sahibussir, pemilik rahsia Rasulullah s.aw..
Umar Al-Khattab pernah bercerita, suatu malam ketika dia berada di samping baginda dan Abu Bakar r.a. yang sedang bermusyawarah perihal kaum Muslimin lalu mereka beredar dari tempat itu, mereka melihat seorang lelaki yang sedang solat di dalam masjid. Rasulullah s.a.w. berdiri sejenak di situ melontarkan pandangannya terhadap lelaki itu hingga akhirnya lelaki itu menoleh kepada mereka. Bagida langsung berkata, "Siapa yang senang membaca al-Quran dengan lembut sebagaimana diturunkan, hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibnu Ummi Abdul." Ketika Ibnu Mas'ud duduk berdoa, Rasulullah s.a.w. melanjutkan kata-katanya, "Mintalah, engkau akan diberikan-Nya. Mintalah, engkau akan diberikan-Nya."
Umar r.a. lalu berkata dalam hatinya, "Demi Allah, esok aku akan menemui Ibnu Mas'ud dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w. mengaminkan doanya." Adapun keesokan harinya, Abu Bakar r.a. telah mendahuluinya lalu berkatalah Umar r.a., "Demi Allah, Abu Bakar selalu mendahuluiku dalam kebaikan." Umar r.a. telah menyifatkan Ibnu Mas'ud sebagai dana ilmu dan mengangkatnya sebagai kadi Kufah pada zaman pemerintahannya.
Ibnu Mas'ud, sahabat yang dimuliakan Rasulullah, mempunyai pengalaman dalam dua hijrah – ke Habsyah dan ke Madinah – dan berkesempatan sembahyang berkiblatkan dua kiblat iaitu Baitulmaqdis dan Kaabah. Beliau juga pernah mengikuti semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah. Dan dalam peperangan Badar, beliau telah memancung kepala musuh Islam paling hebat; Abu Jahal.

NOTA:
(1) Sesetengah penulis menyebut kambing jantan, ada pula menyebut kambing yang tidak pernah mengeluarkan susu. Wallahualam.
(2) Sesetengah buku menyebut bilik.
- #Reblog (rewrite from old blog)


aku tinggalkan dia demi ALLAH..



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai lelaki..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerana jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai lelaki,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu, Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya, Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap..
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu, Daripada yang sekarang (permulaan), Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , Lalu (hati) kamu menjadi puas.[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya [Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu [Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin...
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, Maka mohonlah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharaNya,
Sentiasa... =')
- #Reblog (rewrite from old blog)