Sunday 30 October 2011

15/10 :: I heart u

hye..huhuu..holla2..kerlip lagi...
each of us have their own memorable date right? am i right? .. so,..what? love date?? LOL .. nope... ~.^
15 October .... a day that such a majestic for me . a day which i was born on that day indeed. i dont really remember about my past so i will story bout my life doing right now.




15/10/2011
on that day i was on my way to go back to JB. yupz..its feel amazing when i celebrate my day on a bus. yeahh its such amaze me. don't know why?? even u are alone in the bus but your friends are around you.  i'm such a lucky person who have a good friends. my friends are such a nice person. thanks a lot dear @asyraff alwee (my ex - thx a lot dear), @az nizam (who give a wish 15 min before 12 o'clock - i heart u babe), @anis syazani (my besties-12.01), @fifi latifatulafidah (my BFF since child- love you yunk ;p), @soeb, @nor azri aka ALEK (my adek plus friend on fromspring), @hazirah aka hazy fizie ;) ..... thx alot dear all friends. you make my night sparkling **** damn sparkling...






until now i still remember my ex message : ' salam, makcik..happy birthday.. hope u always happy, extend the age n get great and good husband .. aminn.. hope Allah bless our life..' ...thanks pakcik ^_^




and one more thing is.... it amaze when u feel... such a glad feeling when He always beside me every time, everywhere, every second.......He give me a chance to life.. and thanks a lot to Him for His love, sustenance, protection, health, freedom and happiness .. thanks Allah.



aBaNg..maaf andai kau terluka..




-Surat Untuk Abang Dari Adik-


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selep
as kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku
 
***

Saturday 29 October 2011

RaSe RakYat JoHor?? meh baCe Nie..

KELUARGA DIRAJA JOHOR

hmm..tiba-tiba aku terbaca plak pasal negeri johor nie...lepas bace nie baru aku tahu banyak giler aku x tahu pasal negeri aku nak-nak lagi pasal pemimpin dia..haishh..sedih pula rasa hati nie...bagi aku..siapa2 yg ada niat nak buruk2 kan orang lain tuh..ingat2 la diri sendiri yee...jangan ingat apa yang orang lain buat tuh ade kesan negatif je tengok2 la juga dari segi aspek positif...so aku nak kongsi citer ape yang aku dah bace....nie adalah ayat full dari blogger yang aku bace...NAK TAHU LEBIH LANJUT??..jum layari http://jamilkucing.wordpress.com/2009/08/20/keluarga-diraja-johor/ 
***

20 Aug

Sultan Johor Dan Tengku Mahkota Johor




Banyak yg perlu diambil tau tentang institusi raja2 melayu. Mungkin sebab lahir di zaman kesultanan moden, kite mesti lihat kembali sejarah dan fahami baru tau beza baik dan buruk. jamil nak share sikit je, nenda kpd sultan iskandar (johor) iaitu sultan sir ibrahim al-mashyur ibni maharaja sultan sir abu bakar ialah org melayu pertama berdarah raja terkaya di dunia (article tu jamil baca di salah sebuah article lama keluaran england),baginda pemerintah negeri johor yg merdeka sejak 4 jun 1895- 8 mei 1959 (64 jubilee years) yg tak pernah dijajah /diperintah oleh british /jepun (satu2 negeri takde pemerintah british menguasai negeri) dan satu-satu nya negeri yg pemerintah tertinggi british akur menjadi org kuat no 2 selepas sultan ibrahim.

Istana Besar Johor yg skrg ni dibuka umum sbg muzium diraja adalah tempat semayam ayahandanya sultan ibrahim, sekitar tahun 1880an (waktu tu dah ade istana sebesar tu dan kawasan sekitar yg besar gile!). Baginda satu-satu sultan ketika itu yg mempunyai banyak tak terkata koleksi-koleksi kerete mewah buatan america dan europe, koleksi-koleksi motor kuasa tinggi, kuda-kuda baka terbaik dunia, dan kalau kite nak kata die beli tu semua pakai duit rakyat? lojik ke? rakyat time tu pun setakat makan pucuk ubi, sekolah pun bukan smua mampu, mane datangnya duit yg sultan nak kaut waktu tu? so tak adil la kite kata macam tu pada semua tuanku sultan johor .
Baginda juga waktu tu ade askar sendiri yg sampai sekarang wujud iaitu JMF johor military forces yg ditugas utk mengawal istana, harta-harta diraja, istiadat-istiadat, pengiring diraja, dan juga ada pasukan polis diraja johor untuk jadi “aide de coupe” tuanku sampailah skrg ni, thats why la kite semua tgk sultan johor skrg ni kaya raya, kete mewah-mewah dan yg penting kete semua pelik-pelik jarang org msia pakai dan dibuat khas utk sultan iskandar johor,tak payah cite kete sultan johor.jamil kerja di istana tengku mahkota pun naik gila mula-mula datang sana,ye la jamil memang minat kereta sport mahal-mahal. tau tau kerja di tempat yg penuh dgn kete-kete tu.mula-mula naik gila wa cakap lu. sama jugak koleksi jam, kilang rolex di geneve switzerland membuat jam tangan khas dgn cop khas “Sultan Of Johor” dan juga “Royal Crown Of Johor”, koleksi aviation heli/jet: citation II, Augusta, Gulfstream V special performance jet (berdaftar 9M-ISJ) kereta-kereta, jet-jet n heli-heli semua dipandu sendiri tuanku dan dibeli sendiri kerana sultan johor mempunya rangkaian perniagaan luar negara, hartanah, perladangan, etc yg luas termasuk perniagaan minyak yg dijalankan oleh TMJ dan kerabat-kerabat johor, dari situ datangnya hasil mereka dan of course memang mereka-mereka ni kaya sedia ada sebab golongan raja itu kite nak nafi ape lagi kan, dan sikit info utk kite smua..

Mungkin tak ramai yg perasan,..tahun 1984 giliran sultan iskandar jadi Agong malaysia baginda tak pernah amik elaun sebagai agong dan menitahkan agar semua elaun tu diserahkan pada badanbadan kabajikan yg dipilih beliau sendiri, dan badan-badan kebajikan yg menerima tu sebenarnya adalah badanbadan yg betul-betul susah dan dipinggir kerajaan, mungkin ade juga yg pernah dengar bile beliau nak masuk pejabat-pejabat kerajaan di KL waktu tu, semua kelam kabut, waktu tu lah segala urusan kerajaan lancar selancar-lancarnya, dan tuanku tak bersemayam di istana negara pun tapi di istana johor beliau sendiri di jln stonor. waktu banjir 2006 di johor pun sultan johor spend duit poket sendiri beratus ribu utk mangsa2 tak termasuk sumbangan kerajaan johor utk mangsa banjir. aku jugak fikir ade lagi sultan2 lain yg kaya diatas hasil sendiri dan ade juga yg mengambil kesempatan atas pendapatan rakyat tapi jamil tak nak sebut siapa.. jamil bertugas sebagai pengiring anak tengku mahkota dan diraja, mungkin biar jamil sendiri yg tau rahsia-rahsia tu.yg boleh aku kongsi , aku kongsi, yang patut di rahsiakan biarkanlah di dalam hati aku sahaja.

Sultan of Johor ialah seorang sultan yg sangat berdisiplin, berilmu agama tinggi, dedikasi dan tegas dalam mentadbir negerinya, dalam soal pemecatan ini,contoh di perasmian sidang dun hari itu , kita semua rakyat Malaysia boleh nampak betapa sultan johor tidak mengira latar belakang seseorang yg baginda mahu lucutkan jawatannya, sedangkan salah seorang yg dipecat itu adalah kerabat diraja terdekat, anak saudara tuanku sultan johor sendiri. Dalam soal disiplin, tuanku tidak berkompromi, sebab itulah sebenarnya sikap yg perlu ada pada seorang pemimpin.

Nasib baik cina-cina DAP tu tak kena tampar oleh tuanku, memandangkan tuanku pun tak berapa sihat, dan nasib baik pula tak dihalau keluar negeri. Tuanku sultan johor sering dilihat sebagai negative oleh sebahagian penduduk Malaysia yg berada di luar negeri Johor, tapi marilah datang sendiri ke negeri ini, dan perhatikan saja apa yang baginda buat utk negerinya.. begitulah yang dididik oleh almarhum-almarhum ayahanda dan nenda tuanku dulu, dan begitu jugalah yang tuanku didik kepada anak-anak tuanku, lihat sajalah Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, lihatlah keperibadiannya, lihatlah TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, lihatlah peribadi tunku ( lihat yg positif nya) ,setiap malam apabila beliau balik dari mana-mana aku jamil akan di panggil ke bilik tengku mahkota. biasalah setelah penat ke sana ke mari. kaki sakit. jadi adalah tugas jamil mengurutnya. cara tengku mahkota bertitah,atau bercakap. dengan jamil. tak de pualk die jerkah ke sergah ke. memang la muke dia nampak garang ,orang takut ngan die. mana boleh kita samakan orang biasa dgn mereka. boleh ke kita samakan kepala keretapi dengan badan keretapi. maka semua akan tak sangka yg dia adalah sultan yg memimpin dgn baiknya di seluruh negeri baginda, bukak pemimpin manusia yg baik tapi pencinta haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Sesiapa yg datang ke Johor Bahru, lihat sajalah pokok-pokok dan kehijauan negeri ni, kalau tak kerana tuanku, jawabnya JB ni jadi mcm KL la, selagi ade pokok nak ditebang aje! Tuanku paling tak suka publisiti di media massa, audio, video, jarang kita lihat berita-berita baginda melawat cerukceruk kampung ( lawatan tak rasmi, spontan) di tv, atau berita2 tv, kenapa? kerana beliau memang dari dulu bersikap humble dan down to earth, tuanku seorang yg buat sesuatu utk rakyat tapi tak suka memberitahu umum. Masih saya ingat.. Sultan Iskandar sering menasihatkan Tengku mahkota johor TMJ Tunku Ibrahim Ismail “Anggaplah kita ni lebih rendah daripada rumput..” sebab itu tengku mahkota johor amat menghormati malah memang takut kepada tuanku sultan johor. sekian utk makluman

Jamil jarang menaip dengan ayat-ayat baik-baik atau cantik di pandang serta di dengar.sebab jamil dah benci dengan cara orang melayu, tapi ini pasal sesuatu yg selalu di pandang serong dan salah jamil tahu so tanggungjawab jamil untuk betulkan la. keadilan kena ada.










antara comment yg perlu tahu
trj September 29, 2009 at 7:11 am #
saya setuju dgn brader jamil. Ayahanda saya biasa juga ke istana pasir pelangi dan istana bukit serene atas urusan kerajaan mahupun lawatan biasa, tuanku memang humble dan bersahaja, ade prinsip dan style tersendiri. Tengku Yem dari kecil sentiasa dgn tuanku, tuanku mahu negeri Johor berada dlm tapak tgn tmj. Kadang2 saya juga sering ikut ayahanda ke istana bukit serene, baca yassin mlm jumaat etc tuanku akan turut serta dgn baju polo-T nya, baginda akan duduk ditengah dgn tekun dan tawaduk mengaji. Tuanku sgt praktikal dan teknikal orgnya. Bayangkan superbike kalau dibogelkan tuanku bole padang balik, bukan setakat minat je tapi beliau mahir dgn lebih terperinci. Bila ketika LIMA berlangsung, tuanku sgt prihatin mempelajari tentang produk2 baru aircarft, heli atau apa saja. Mica metallic paint & glass-based sikken paints sejenis paint yg sgt limited dicat diatas badan agustanya dan gulfstream (dikatakan technology system utk gulfstream special performance tuanku adalah yg paling latest). Arwah nenda saya bekerja sbg juru audit ketika pemerintahan sultan ibrahim, beliau dititah supaya dijadikan wakil rakyat kawasan wadi hana tetapi beliau menolak dgn baik dan berkata “saya tak mau jadi pembohong” dan beliau menceritakan almarhum sultan ibrahim setiap 5 pagi akan menunggang kudanya sendiri dan melawat ladang getahnya sekitar wadi hana, bukit senyum hingga ke kawasan taman pelangi (waktu itu masih hutan tebal). Nenda saudara saya menghadiri kemangkatan almarhum sultan ibrahim, upacara kemangkatan baginda gilang gemilang, juruterbang2 royal air force dari australia salah satu RAF yg hadir utk memberi lintasan hormat diruang udara istana besar, sewaktu hayat baginda sultan ibrahim, utk menggalakkan anak2 ke masjid hari jumaat sultan ibrahim akan bersedekah 50sen setiap seorang kanak2 (50 sen dulu kalau ‘joli’ di singpapura masih ade baki lagi!)

jamilkucing October 1, 2009 at 5:06 pm #
Itulah sdr kadang-kadang orang ni suka buat cerita tentang orang lain.tapi tak benar.hanya kerana busuk hati je.


trj December 2, 2009 at 2:03 am #
Betul tu. Bertuahlah brader jamil berpeluang berada di tgh2 kerabat johor lebih dekat. Memang mereka begitu, garang, cerewet dan tegas pendek kata memang ‘bossy’ style (Bapa saya dititahkan dtg membawa helang putih utk anak TMJ tapi disuruh lepas, kemudian disuruh tangkap pula, dilepas balik, anaknya kata sayang pula disuruh tangkap pulak last2 burung tu hinggap di pagar Istana terpaksalah bapa saya panjat utk tangkap secara hendap), tapi apa nak dikata.. dah darah mereka darah pemerintah, kalau tak kerana gitu Johor ni dari dulu tak maju, dek kerana sikap tegas,disiplin,cerewet kerana itulah johor negeri malaya pertama yg maju jauh berbeza negeri2 lain. (Arwah nenda saya pernah bertugas di Grand Prix Johore tahun 1950an, bygkan waktu tu Johor dah ada grand prix sendiri KL pun belum ada apa sangat, tak payah nak eksyen sepang tu, Kebwh Duli Tuanku pernah menjuarai Johore Grand Prix tak silap saya pd tahun 1960 sebab tu Tuanku wujudkan Johor Race Series di litar pasir gudang)



PuTeh January 27, 2010 at 2:25 pm #
salam En Jamil,
sepanjang saya hidup kt dunia ni, sy lum pernah jumpa mn2 kerabat raja apatah lg dgn rajanyer…En Jamil kirer beruntung habis lar. sm yg cm En Nazri ckp tu, ad kejer kosong tak?hihih..jd org biasa cm sy ni, jgn kata jumper, dpt Tunku Ibrahim bc ap yg sy tulis ni pn sy dh rs satu pencapaian hidup, kalau dia reply, mau pengsan seminggu sy…pasal manuskrip utk di publish mmg idea bagusz…
kepada En Jamil, jgnlah berhenti menulis criter terbaru tentang Tunku kiter yer…tak dpt jumper, dengar criter pn dh kirer ok…huhuh.
trj9 May 6, 2010 at 9:23 am #
Saya pun sokong klau en. jamil dapat sama2 lagi berkongsi pengalaman dan kisah2 beliau ketika bersama Kebwh Duli. Just to share.. Alhamdulillah, Kebwh Duli selamat pulang ke tanah air dari Mekah pada 24 April yg lalu menunaikan umrah bersama Raja Zarith dan kerabat yg lain dan rombongannya. Saya dpt berita ni dari org tua saya dan terus ke Prince Hotel bersama dgn ADC Kebwh Duli dan beberapa escort dari GGK yg membawa Kebwh Duli dari Airport subang utk berehat di hotel tersebut. Alhamdulillah nampaknya Kebwh Duli makin sihat, muka nmpak bersih dan molek wlaupun saya tau dia letih tu, jambang pun dah takde tinggal misai dgn janggut je. Sebelum pulang ke JB dgn jet peribadinya sempat pula tu tengok Tunku Tik lawan polo final di RSPC ampang. RJPC menang lagi, nmpak Kebwh Duli senyum lebar sblum meninggalkan padang dan berangkat ke JB..


trj9 May 6, 2010 at 9:31 am #
Baru2 ni saya berjumpa dgn beberapa anggota GGK. Ada salah seorg darinya rakyat selangor yg telah berkhidmat lama di GGK dibwh naungan Almarhum Sultan Iskandar. Katanya.. smpai ke saat ni beliau masih lagi bersih dan sebak tatkala beliau terkenangkan Almarhum. Jasa Almarhum pd GGK seperti menjaga kebajikan keluarganya sendiri. Beliau tak menangis sebegitu ketika arwah ayahnya meninggal. Saya sendiri sebak dgr die bercerita, tp saya kata.. apa nak buat Allah lebih sayangkan dia. Pergi pun pada hari jumaat yg mulia. (sbrnya Almarhum pergi pada pagi Jumaat lagi..bkn smua org tau melainkan yg rapat memberitau. Kebwh Duli dgn sebaknya tetap mengatakan Abahnya masih hidup walhal sudah tiada pagi tu) Fikirlah wahai org yg mengutuk Almarhum, seburuk2 dan sejahat2 Almarhum sekalipun..Allah menjemputnya pada hari jumaat. Tnyalah ustaz atau org yg beragama, setiap hari jumaat Allah akan luaskan kubur. Sebab tu bukan calang org yg meninggal pd hari jumaat… Al-Fatihah..



*** 



#BANGGA !! ;D

Friday 28 October 2011

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA


Rabu, 26 November 2008 01:36
E-mail Cetak
Pengambilan baru anggota dan pegawai Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia telah dinyatakan dalam seksyen 36 Akta Polis 1967, seksyen 10 (Bhg III) dalam Peraturan Sukarelawan Polis 1956 dan Bhg E dalam PTKPN 502.
Syarat-syarat kemasukan
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
  • Lulus SRP/LCE/PMR atau setaraf dengannya
  • Mempunyai pekerjaan tetap
  • Lulus pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan kerajaan
  • Calon mestilah sekurang-kuramgnya tinggi 162cm (5’4’) bagi lelaki dan 152cm (5’) bagi wanita.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah
  • Berjaya dalam temuduga lembaga pemilihan

Had Umur Perkhidmatan
  • Had umur perkhidmatan bagi Sukeralawan Polis adalah seperti berikut:-
  • Pegawai Kanan  - 55 tahun
  • Pegawai Pangkat Rendah  - 50 tahun
  • Konstabel  - 47 tahun (Tidak boleh sambung)

Didalam seksyen 15 (Bhg VI) Peraturan Sukarelawan Polis 1956, Pegawai Kanan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia boleh diluluskan penyambungan perkhidmatan sehingga 60 tahun oleh Ketua Polis Negara dan Anggota Pangkat Rendah boleh disambung sehingga 55 tahun diluluskan oleh Ketua Polis.


maklumat lanjut boleh layari https://www.polisjohor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=71%253Asyarat-dan-kelayakan-permohonan-anggota-sukarelawan-polis-diraja-malaysia&catid=2%253Anews-centre-current&Itemid=3&lang=bm

Thursday 27 October 2011

bau Badan Tengik??




Bau badan tengik??
Cuaca panas dan terik bukan hanya membuatkan kulit terasa seperti ‘dibakar’ tetapi juga badan berpeluh dan lebih merumitkan apabila timbul bau kurang menyenangkan. Peluh dan bau dianggap saling berkaitan walaupun hakikatnya peluh bukan penyebab utama timbulnya bau badan yg membuatkan kita tidak selesa. Sama ada kita sedar atau tidak, bau badan sebenarnya berpunca daripada badan yg kurang bersih. Peluh tidak mempunyai bau, sebaliknya bau timbul apabila ia kering dan dipengaruhi tindakan bacteria yg wujud secara semula jadi pada kulit. Bakteria ini menguraikan peluh dan bau badan hanya enjadi medium untunk pengeluaran bau, jadi walaupun hanya sedikit peluh, ia mampu mendedahkan kita kepada risiko bau badan. Aku terbaca hasil kaji selidik dilakukan ‘NoSweat’ menunjukkan 65% rakyat Malaysia sering menjadikan factor bau badan rakan mereka sebagai bahan seloroh. Lebih mengejutkan lagi 60% rakyat Malaysia sanggup menahan nafas drpd menegur secara berterus-terang.

Badan manusia terbahagi kepada 2..iaitu apocrine dan eccrine.
Eccrine – digunakan untuk menurunkan suhu badan, terutama ketika bersenam
Apocrine – pengaliran keluar peluh di ketiak, tangan, kaki dan pangkal peha.
Faktor2 yg mempengaruhi pengeluaran peluh antaranya kepanasan, aspek pemakanan, gaya hidup, emosi, tekanan, pergerakan ringan dan kelembapan, makanan pedas, bahan pakaian.

Mengambil makanan atau minuman mengandungi kafein meransang system saraf pusat dan mengaktifkan system kalenjar peluh. Semakin banyak kafein semakin banyak peluh anda keluar..
There are 5 mitos about sweat and  viodour :
-          MITOS : kita hanya berpeluh pada hari panas
HAKIKAT : kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal
-          MITOS : berpeluh sedikit x menyebabkan bau badan
HAKIKAT : peluh x berbau tapi bacteria yg menyebabkan bau badan..sikit peluh mampu menyebabkan bau badan..
-          MITOS : wangian dapat melindungi daripada bau badan
HAKIKAT : TIDAK!! Hanya deodorant anti-peluh berupaya membasmi bacteria
-          MITOS : saya x mempunyai bau badan
HAKIKAT : kajian mengesahkan kita x berupaya mengesan bau badan sendiri

-          MITOS : deodorant x selamat digunakan kerana menyumbat liang roma
HAKIKAT : penggunaan deodorant selamat kerana mampu menghalakan peluh ke bahagian lain di mana peluh dapat disejat dengan cepat.
Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya 2x sehari. Bacteria tidak akan singgah di tempat bersih.
Guna deodorant yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bacteria daripada bertindak balas atas prmukaan kulit.
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 1litre sehari untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum 2 gelas air yg dicampurkan sedikit perahan limau.

bisiKan daLam HaTi Ku~






holla2x...lame x update kan..xpe2...
so..pagi ni aku nak kongsi sikit sebuah cerita yg ade kait rapat ngan diri aku..huhuu #Rolling Eyes 6_6
selalu juga aku dapat soklan cepumas macam ni : 'knpe ct senang tolak org..mcm xde feeling..mmg xnk couple ke??...x caye la..xkn bole pnye single kejap lagi couple lar tuh..'
sebenarnye aku x tahu nak jawab apa..so maybe dengan cerita di bawah ni...korunk akan faham :')

***

Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.



 
“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..                                                                                                      






Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.





“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 

Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”

“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. 




Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. 
Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

***





p/s: apa yang mak cakap dlm citer ni sume tuh mmg betol dan sama dengan apa yang aku fikir...cuma aku x pandai nak jelaskan kat orang..sebab tu aku xnak jadi lecture, teacher or yg seumpamanya..yg mengajar2 nie..sbb aku fail bab2 ajar nie..huhuu
dan 1 je yang lain..aku bukan yg pertama pakai tudung at sek k..hehehe

Friday 21 October 2011

Teh O Beng + Blue Rose




hmm...
mesti korunk terfikir-fikir..ape kejadah tajuk macam tu kan..hehee...k..kalau nak tahu...my friends ask me to make a story that can be done on 30min...hmm..so..i want share my 'TALENT'..huhuu~ sorry if it doesn't make sense..just enjoy yawp!! :D

__________________________________________________

EPILOG
Di depan Cinema…fitri sedang menunggu someone smbil memegang bunga rose biru…(music romance)..tersenyum…teringat kisah lalu…

***

5 tahun lalu..

Part 1..
Di sebuah warung di ibu kota..fitri sedang berehat-rehat melepaskan penat…

Fitri   :…mamak,…teh 0 ais satu!! (smbil membelek2 surat khabar)
(pelayan pon hantar minuman..tiba2..dia terdengar suara org marah2 di meja sebelah)
Miera:…hey,…mna air saya??..saya yg mnx dulu knpe lelaki tu yg dapat air tu dulu?? (berkata x puas hati)
Pelayan:..maaf cik..maafkan saya…(serba salah)
Tiba2..
Fitri   :..maaf ciiiik..
Miera:..miera..(merengus dan menjelng tajam kearah fitri)
Fitri   :…cik mnx air teh O ais ke??...xpe la..amek yg saya punya..lagi pon saya belum sentuh..(smile)
Miera:..hmm..sy mnx teh O beng td..agknye dy x paham kot..hmm..xpela..awak minum jela air awak tu..sy terpaksa pergi..Assalamualaikum..(pasrah walaupon xdpt minum air kegemarannya)

Fitri hanya melihat gadis itu pergi sehingga kelibatnya tidak kelihatan..itulah detik2 permulaan cintanya dengan miera..gadis yg tegas tapi penyayang…citarasa mereka yang amat meminati teh O ais atau teh O beng itu telah merapatkan hubungan mereka…


Part 2..
Dihadapan cinema…sudah 1jam miera menunggu kedatangan fitri…tapi bayang fitri x muncul2 juga…dy mengeluh…

Miera:..haishh..mane pula si fitri nie..kate nak jumpa jam 4pm..nie da jam 5pm da nie..movie lg 30 min da nak mula (mengeluh)..
(Tiba2..fitri muncul di belakangnya sambil memegang sekuntum rose biru ditangannya)
Fitri   :..happy bufday to u…happy bufday to u..happy bufday to nurul amiera….happy bufday to u….
Miera:..fitri!!! (terharu lalu tersenyum lebar)
Fitri   :..happy bufday dear..sorry I’m late…its hard to find blue rose u know..
Miera:..its owk dear…btw,..why rose?? Why blue??...(curious)
Fitri   :..rose melambangkan betapa indahnya miera disisi fit….rose biru menunjukkan betapa susahnya nak cari seperti susahnya hubungan kita untuk dipisahkan dan sekuntum menunjukkan miera seorang shja yg bertahta di hati fit…
Miera:..thx fit…(bahagia) :D
Fitri   :..fit janji..setiap bufday miera fit akn bagi sekuntum mawar biru…. <3 <3

Miera hanya mampu tersenyum dan tersenyum…x terungkap dengan kata-kata…


Part 3..
Ketika di ruang tamu dirumah miera…suasana tegang begitu terasa…

Aisyah:..mak x izinkan….dari dulu ko kawan dengan budak hingusan tu sampai sekarang…mak x pernah setuju..sekarang ni ko nak kahwin dengan dia??..ko da hilang akal ke miera??!!! (membantah dengan sekeras2nya)
Miera  :..mak….tolong la mak..miera sayang sangat kat dia mak..
Aisyah:..sayang???huh!!! ko igt dengan sayang cukup ke untuk ko hidup?!!! Hey miera!!..cube ko cakap…ape yg dia nak bagi ko makan nanti hah??..pasir??!!! ko ingat nie drama sinetron ke??! abang..cakap la sikit dengan budak x sedar dek untung nie…huh!!
Adam  :..miera..papa x pernah ajar ko kurang ajar dengan mama!!…sekarang nie..papa x kire…papa nak miera kahwin dengan johan..anak kawan papa…klo bukan dia sape lagi yang papa nak harapkan untuk ambil alih syarikat papa!!…
Miera  :..papa…(goyang2 kan tangan adam tapi adam x hiraukan) ..mama….tolong la mama..miera xnak kahwin dengan johan..mama tolong la miera mama…miera x cintakan dia mama…(nangis tersedu2)
Aisyah:..mama x kire…miera kene dengar cakap papa tu..klo tak..mama xkan halalkan setiap susu yg mama pernah bagi miera dulu…jangan nak jadi anak derhaka miera!!
Miera  :…ya Allah mama!!….(berkata dengan sayu) *terkedu
Adam  :..papa xkan benarkan miera contact lagi dengan fitri..titik!!


Part 4..
Hari lahir miera yg ke 21…
tatkala miera dikurung di rumah sehingga majlis perkahwinannya dengan johan..fitri pula masih menunggu ketibaan miera di tempat pertama mereka pernah berjumpa dulu…bersama teh O ais dan bunga rose biru disisi…fitri yg masih tak tahu menahu lagi tentang keadaan miera berasa pelik…miera off handphone??..hmm…


Part 5..
Satu hari..fitri terima kad undangan majlis kahwin miera dan johan.. (music sedih)..betapa remuk hati lelakinya..oleh sebab dia tak sanggup untuk melihat miera bersama org lain dia decide untuk ke luar Negara untuk menyambung pelajarannya smbil membawa luka dihatinya…dia redha…kebahagiaan miera adalah kebahagiaanya juga…


Part 6..
Walaupun miera sudah berkahwin ..fitri x pernah lupa akan janjinya untuk membawa rose biru semasa hari lahir miera..setiap tahun dia pulang ke tanah air…tempat pertama yg ditujunya ialah warung, dimana tempat pertama air Teh O beng mempertemukan mereka…selepas melayan perasaan smbil menikmati air kegemaran mereka,fitri pergi ke cinema…selama berjam2..dia duduk di situ..menanti seseorang yg x mungkin akan hadir….(bersama bunga rose biru di tangan)…
Ketika dia ingin meninggalkan tempat yg membawa seribu kenangan…Sayup-sayup dari jauh dia dapat melihat tubuh miera yg sudah berbadan dua…’miera???!!..dia ke tuh?? (x percaya…tiba2 rindu datang menerpa) ..miera (sayu)…miera dah bahagie sekarang..Alhamdulillah’ (monolog dalaman) ..’Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk ikhlaskannya..aminn..bismillah~’ (sambil senyum…fitri…)

Fitri   :..assalamualaikum..hye miera…hye johan…. :)
(Kedua-duanya terpaku…bergenang air mata miera….org yg pernah dia sayang sepenuh hati dan rindu dulu kini berada di hadapan mata…tp dia sedar..dia sudah bergelar seorang isteri dan akn menjadi ibu..)
Miera:..f..i…t….(bergetar2 menahan sendu)
Fitri   :..ye miera…eh johan…hari tu..maafla x dapat hadir ke majlis perkahwinan kamu berdua…aku kena bersiap untuk melanjutkan pelajaran…bz sungguh….huhu (gelak smbil menahan gelojak rasa)
Johan:..eh xpe2…ko mcm mne fit??...ape perkembangan?..lame x dengar kabar berita..
Fitri  :..aku??..hmm..macam nie je la….susah tol study kan…hehe..eh,..kla…aq da lewat nie nak pg airport (smbil tgok jam di tangan)…pape pun..semoga berbahagia…selamat pengantin baru…(utk yg terakhir..dia memandang wajah miera..hilang sikit rasa rindu di hatinya) …assalamualaikum

‘..tahukah miera…lega hati ini melihat miera bahagia..’…fitri meninggalkan pasangan tadi dengan semangat hidup yang baru…. :)


sekarang..
(fitri menunggu di hadapan cinema)…
Seseorang dtg tepuk bahu fitri….(terdengar suare seseorang)..’abang…??’ …bila fitri menoleh…dia tersenyum….’miera…fit redha dengan ketentuan Allah..he know better’…
(maisara muncul)

Fitri      :…hye…
Maisara:…ape abg buat kat sini??jumla..movie da nak mule nie…
Fitri      :..(tersenyum manis)…nah…untuk sayang…(smbil menghulurkan rose biru)
Maisara:..??...hmm?? wow! Cantiknya! Thx abg! :) mai tahu …rose nie melambangkan betapa indahnya mai disisi abg….rose biru menunjukkan betapa susahnya nak cari seperti susahnya hubungan kita untuk dipisahkan dan sekuntum menunjukkan mai seorang shja yg bertahta di hati abg buat masa sekarang kan..?
Fitri      :..eh..mane tahu nie??...(bingung)
Maisara:…adelah..heee..(merahsiakan)..jum bang….                        

Mereka pown mula bergerak untuk pergi menonton movie..'abang…abang x pernah tahu kan kewujudan mai..sebelum abang bercinta dengan miera dulu…igt x…mse kat warung..first2 abang jumpe miera…mai ade kat sebelah tu je…. :) …favorite mai pown Teh O Beng…hanya kerana TEH O BENG dan sekuntum ROSE BIRU…kite bertemu & disatukan juga kan… :)

**THE END**