Tuesday 9 October 2012

bila terasa rindu??

Bila terasa rindu?

"Tak salah kita rindu orang yang kita cinta.Bila rindu datang menjelma,tak perlu susah2 tergesa2 nak berjumpa,berdating,telefon,mesej etc.Mengadu dekat Allah pun boleh,Dia maha mendengar.Angkat tangan sekejap,berdoa;

"Ya Allah,aku rindu dia..Jangankan kerana rindu fitrah manusia ku ini melalaikan aku terhadapMu.Sesungguhnya aku bergantung harap padaMu kerana Engkaulah sebaik2 pemilih cinta untuk diriku."

Kemudian sambung la balik kerja tu.Eh? Rindu datang lagi? Relaks..Allah sentiasa ada.Pergi ambil wudhu',baca Al-Quran tenangkan hati,kemudian solat sunat 2 rakaat,jangan lupa berdoa luahan rindu cinta dirinya kepadaNya.Moga2 ditautkan hati keranaNya;

"Ya Allah,sesungguhnya hati in sudah pun tertaut padanya,jika benar ini cinta,biarlah cintaku ini keranaMu.Mekarkan cintaku bersama cintanya.Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu.Ya Rabb.Pertemukan kami berdua dengan jalan betul penuh barakah.Jodohkanlah aku dengannya,takdikanlah kami bersama."

Selitkan nama terus lagi bagus,lebih spesifik kan?Eh?..Kemaruk sangat dah ke? Fikir masak2.Tanya pendapat ibu bapa,beristikharah dan beristisyarah untuk dapatkan keyakinan.Pergi lamar rindumu itu dengan cara yang betul.Bercinta kerana Allah,kenalah ikut cara Allah redhai.

Segan nak melamar?Tak tahu bagaimana nak mulakan?Tak apa.Guna surat sebagai pemula pun boleh.

"Kepada ______Calon isteri saya,calon ibu anak-anak saya,calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.Assalamu'alaikum wbt.Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir.Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar,tapi saya mohon,bacalah dulu sampai selesai.Saya,yang bernama_____menginginkan anda untuk menjadi isteri saya.Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya tidak mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak kelak.

Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa,yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya.Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.Saya hanya manusia biasa.Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu,saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini,agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati.Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya.Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda.

Saya sudah solat istikharah berkali-kali dan beristisharah,dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu,saya memilih anda kerana Allah.Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah saw.Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.Amin Wassalamu'alaikum wbt."

Hah!Bukan susah sangat! Berdoa banyak2,InsyaAllah kalau ada jodoh.Akhirnya tak kemana.Wallahualam"