Wednesday, 30 November 2011
DID I CHANGE???????!!!!
Hye alls, so long time no see yawp? ^_^ ..today I will story morie bout something that
happen to me.. maybe to others also..
Do you realize that you have change a lot in your life?? yeaahh... or maybe a little... Me to0..
same as you…
But, for me.. sometime it will be good for your life or sometime it will
destroy n ruin your life indeed..
First of all..k if I wear a scarf..
A = u have change a lot
B = x payah la nak sibuk bergaye2..
C = ingat hot lar tuh
D = bajet giler minah nie
E = cantek ct pakai :D
My reason: *u know what I tak tahu nak pakai tudung bawal..tudung bawal
JARANG gak kan.. don’t believe?? Ask my friends..#ashikin #ain sharom
#amaniena… they already know that I cannot wear bawal since primary school.. one day when I try to wear tudung bawal.. haha... 1 hours???!!! damn lama... :P *selendang
SELESA…I da biasa pakai selendang..mula berjinak-jinak dgan selendang sejak
umur 15 tahun. Did I change???
A = nak bergaye lar tuh
B = nak menunjuk-nunjuk lar tuh
C = dulu x pena pulak Nampak dia pakai..sekarang da pandai
melaram..huh!
D = u have change!!!!
My reason: *I wear wages since form 4. Dlm Islam x
digalakkan memakai kasut yg berbunyi..mksudnya yang tumit halus la kan…tak
salah memakai wages.. betol x??.. sometime I wear wages.. it makes me build confident cause I feel like ' hey!! i'm tall!! ' :D …DID I CHANGE???
If I wear a makeup…
A = u have change a lot ct!!!!
B = dia ingat dia pakai makeup dia hot la…ingat dia cantik
la
C = eh,..setakat makeup..aku pon adelah..huh!!
D = nice colour!! :D
My reason: *is it makeup make i change?? my answer is YES... coz u will look more gorgeous.. huhuu sometime we need to credit our self by make life more FUN!!.. I already wear makeup since in primary school
but rare to wear..i will makeup if there are a big or important events such as Wedding ceremony,
EID, dinner form 5, dinner KFC, dinner UBC, n follow my mo0d nak pakai or x…DID I
CHANGE??
if i ask u.. why u ate banana coz last i saw u, u didn't ate that fruit right??.. did u change??.. so for me it feel like .. is it a big issue for change?.. hey, change does not means u are bad or nice person.. but with change u will know how to make your life more better.. learn from mistake are good enough u know.. sometime i change does not because i'm the one who change but because the experience .. mature experience of myself .. am i right?? ^_^
Sunday, 20 November 2011
TEnTaNg LeLaKi..
sorry if salah.. hehee
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun kadang2 dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin dia lakukan untuk wanita yang dia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
23. Anda tidak boleh membuat lelaki memahami dalam sekali perbualan je. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi kadang2 susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).. o.O
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.. :O
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran terhadap Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jemu.. #Noted!
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya..
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.. (sebab tu lelaki akan buat sesuka hati dia bila dengan gf.. kalau dengan kawan mereka akan bajet macho) ... yeke? :P
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat terlalu panjang atau menyalahkan dirinya.. tapi at least bagi la response sikit.. :)
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.. haha
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.. (tapi bukan bermaksud lelaki tu x pandai simpan rahsia ok)
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif..
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).. err.. =='
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda..
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.. tetapi mencintai seseorang tidak memerlukan masa yang lama. so jangan salahkan diri kalau ex-bf korunk da ad pengganti k ;)
51. lelaki susah nak menangis.. bagi mereka menangis adalah tindakan orang yang lemah.. sebab itu wanita lebih sinonim dengan istilah insan yang lemah..
52. diam lelaki bermaksud dia x setuju atau x berminat.. kadang2 dia cemburu!
53. lelaki adalah makhluk yg paling tidak suka kena marah.. (so bagi wanita.. jangan lah membebel terlalu lama.. x pasal2 kena tinggal dok sorang2 baru tahu) :)
54. Lelaki takkan tahu apa yang wanita rasa kalau tak diberitahu.. lelaki susah faham bahasa gaya badan seseorang wanita. lebih2 lagi kalau bab emosi =='
55. sedar atau tak seseorang lelaki tu apabila beremosi dengan pasangan, dia selfish! dia x akan sedar pasangannya banyak berkorban selagi perang besar tak berlaku.. (wanita dari tak nak ungkit tetiba jadi ungkit pula kan).. sama juga wanita.. -.-
p/s: entry ni bukan semua betul.. setiap orang kan berbeza.. so ni pendapat aku.. ^_^
Wednesday, 9 November 2011
Tuesday, 8 November 2011
I fouNd mY wEddiNg sOng !!
hey.. hey.. hey.. today i want to share my favorite song. from Maher Zain.. such a great song and it make me feel .. so beautiful.. 'the feeling of love' that Allah create for human.. the rhythm so soft.. deeply enter inside my heart.. #Calm ;) finally.. i found a perfect song for my wedding one day.. #DayDream
(MALAY VERSION)
Sepanjang Hidup
aku bersyukur kau di sini kasih
di kalbuku mengiringi
dan padamu ingin ku sampaikan
kau cahaya hati
dulu ku palingkan diri dari cinta
hingga kau hadir membasuh segalanya
oh inilah janjiku kepadamu
sepanjang hidup bersamamu
kesetiaanku tulus untukmu
hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
sepanjang hidup seiring waktu
aku bersyukur atas hadirmu
kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku
kau anugerah Sang Maha Rahim
semoga Allah berkahi kita
kekasih penguat jiwaku
berdoa kau dan aku di Jannah
ku temukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
oh inilah janjiku kepadamu
sepanjang hidup bersamamu
kesetiaanku tulus untukmu
hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
sepanjang hidup seiring waktu
aku bersyukur atas hadirmu
kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku
bersamamu ku sadari inilah cinta
tiada ragu dengarkanlah
kidung cintaku yang abadi
Lyrics:
Maher Zain
Novia Stephani
Bara Kherigi
Charbel Amso
Abou-Danniel
♫ http://www.youtube.com/watch?v=moZNGtKcOFg&feature=related
(ENGLISH VERSION)
I praise Allah for sending me you my love
You've found your home it's here with me, and I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there's a couple of words I want to say
Chorus:
For the rest of my life, I'll be with you
I'll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I'll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I'll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife, and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
Finally now I've found my self, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along, oh
And there's a couple of words I want to say
Chorus
And now that you're here, in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt, and I'll sing it loud
And that I will love you eternally
Chorus
Lyrics: Maher Zain, Charbel Amso, Abou-Daniell & Bara Kherigi
Melody & Arrangement: Maher Zain & Abou-Daniell
© Awakening Records 2011
♫ http://www.youtube.com/watch?v=PHbZ9SXHJwA&feature=relmfu
Friday, 4 November 2011
ReSuLT ..
hahaa.. finally the day is come. feel nervous?? hmm.. not really ^_^ ... alhamdulillah i'm pass!! yesterday i can't see the result as my lappy is at my neighbor's hand. as she want to see the result last night.. hmm okay then. i don't feel to know the result yet... #confident
last night.. urghh.. feel pain a lot babe! ;( whole my body shaking .. when i touch my nose.. huh?? are this my nose or ice cube.. cold!!! feel so cold even though i don't use my lovely fan last night.. i thought i can sleep early.. okay then 11pm i was landing softly at my bed.. my head getting dizzy. my stomach feel pain. it really.. really damn COLD last night. even my back bone shaking.. seriously its pain me a lot.. ==''
at 12 i woke up.. i can't sleep well.. so i decide to rolling2x on my bed.. even i can't touch my foot as it really.. seriously .. hell cold! urghhh!! ..tutt..tutt.... suddenly, my friends text me.. 'ct..i'm pass!! clear paper' .. alhamdulillah.. good news then .. congratulation dear.. and at 4am .. my other fiend text me.. 'hows ur result?..' .. i said.. 'i have not see yet the result as i lend it to my neighbor ..' .. then he said.. 'okay.. don't forget to let me know bout your result k' .. :)
p/s:..to my fiends @amanina said and @amal...sorry i can't pick up your call as my voice are missing.. #feel sorry .. to @zulfadhli.. congratulation for your result k.. proud to be your classmate :)
until at 5am.. so i can slept for awhile..#relieve.. its to much to count when i went to the toilet last night..ahhaa #pain
you know what.. when i woke early in the morning as usual at 6.15am... when i want spoke.. err...eh?? where is my voice?? =='' #speechless
haishh... eh?? back to the topic... RESULT.. hmm.. quite well.. still 3 pointer above.. Alhamdulillah~ thanks Allah :)
and proud to be when it raise than last semester.. hurmm.. #relieve .. i know about @shaharuddin as usual keep dean and @siti nazimah also dean this semester.. congratulation dear ;)
over all.. my classmate that i already know got 3 pointer above.. congratulation u all :D
so.. end of the important's moment.. fuhh~
Wednesday, 2 November 2011
Hubby sy RoMaNtis tAu .. ❤
hohoohoh...ROMANTK??? ROMANTIS?? ROMANCE?? ....banyak istilah dia kan..zaman sekarang ramai remaja-remaja perempuan meletakkan romantik sebagai salah satu ciri-ciri yang perlu ada dalam list for MY partner. jangan terkejut pada zaman sekarang ada juga lelaki merasakan yg sama. jangan ingat hanya lelaki yg arif dalam romantik nie perempuan pon ada..malah lagi hebat... tapi x sehebat RASULULLAH...ramai yg ingat bila sebut saja romantik..POP!! 'couple'....nope..nope...yg ni lain..apa yg lainnya?? haishh...bacalah sampai habis...#Suspen >.<
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya.
Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga
Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah
al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Walaupun
Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun
di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup
romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah
ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan
pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh
egois. huh! #Sambil Buat Gaya Bengis H_H
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh
kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan
romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda
bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
•❤• Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan
Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan
ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama
pasangan.
ROMANTIKNYA Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja ... heeee jum selami lagi ~ ♥ ~
•❤• sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”.
Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya
menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa
“Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda
menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di
atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti
dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan
bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah
membonceng di belakangnya.... aigooo~ sweetnye #Terbayang2x
•❤• Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar.
Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya
merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan
dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”.
•❤• Untuk menambahkan romantis terhadap isteri,
disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan
menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah
untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah
menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah
mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama.
(Hadis riwayat Muslim) . Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun
hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin
ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik
sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang
sudah lama berkahwin akan bertambah rasa 'eeeuuuu~' bila bermadu kasih dengan
isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah
datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah
romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya
sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya,
gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang
datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut
kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati.
Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut
meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari
diijabkabulkan.
•❤• Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “
Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi
isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan
membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW
sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya
kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam
Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada
suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain
bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu
baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari
dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan
mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid... (indahnya)
Rasulullah
bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang
mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan
kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian,
hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda
bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi
Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan
menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika
isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
•❤• Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya.
Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah
Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan
kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah
makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu
Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW
tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan
mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah,
Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini
merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga
Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja
memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu
romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta
sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau
senda, belaian dan sentuhan.
•❤• Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya.
Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai
si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih
intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya
Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam
daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir
itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang
ditonjolkan dari Nabi SAW.
Sesungguhnya bersikap romantis
sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah
ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan.
Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri.
Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang
suami.. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta
Romeo dan Juliet. .?? Jawablah dengan manja... Romantis ini bukan dari novel
biasa, tetapi romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.. ;)
inilah kisah cinta romantis yang paling HEBAT ... apabila membacanya seperti tidak mahu berhenti membaca .. kita akan jatuh..dan jatuh..dan tersungkur terhadap romantisnya gaya RASULULLAH .. ♥ ..siapa kata Rasulullah x romantik..romantik baginda jauh lebih hebat daripada kasanova2x di dunia tau... ramai yg amalkan cara Baginda semasa couple..tapi lepas kahwin.. lama-lama lupa dengan sunnah Baginda.. nak rasa?? jumla pakat ramai2x kahwin .. best tau kahwin ( gaya macam da kahwin pula :p ) ...
p/s: to my future hubby - sayang..sy x perlukan KLCC untuk tahu seberapa tinggi nilai cintamu .. x perlukan kereta Ferrari untuk tahu seberapa mahalnya cintamu .. x perlukan aircond cukuplah dengan kipas untuk tahu nikmatnya berada di sisimu .. xperlukan kata-kata jiwang cukupla perkataan 'Aku Sayang Kepada mu' untuk tahu isi hatimu ... sayang .. jangan datang lambat sangat tau .. diri ini menantimu ~
♫... yg ikhlas menanti ...♫ ^_^
♫... yg ikhlas menanti ...♫ ^_^
♫ Sumber isi: http://www.imamudasyraf.com/ :)
Subscribe to:
Posts (Atom)