Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

TEnTaNg LeLaKi..





sorry if salah.. hehee

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).


11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun kadang2 dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin dia lakukan untuk wanita yang dia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “I'll try again” (cuba ingat balik masa dia melamar Anda menjadi kekasihnya)..

23. Anda tidak boleh membuat lelaki memahami dalam sekali perbualan je. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi kadang2 susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).. o.O

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.. :O

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.


33. Boleh saja membuat lelaki penasaran terhadap Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jemu.. #Noted!

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya..

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.. (sebab tu lelaki akan buat sesuka hati dia bila dengan gf.. kalau dengan kawan mereka akan bajet macho) ... yeke? :P

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat terlalu panjang atau menyalahkan dirinya.. tapi at least bagi la response sikit.. :)

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.. haha

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.. (tapi bukan bermaksud lelaki tu x pandai simpan rahsia ok)

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif..

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).. err.. =='

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda..

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.. tetapi mencintai seseorang tidak memerlukan masa yang lama. so jangan salahkan diri kalau ex-bf korunk da ad pengganti k ;)

51. lelaki susah nak menangis.. bagi mereka menangis adalah tindakan orang yang lemah.. sebab itu wanita lebih sinonim dengan istilah insan yang lemah..

52. diam lelaki bermaksud dia x setuju atau x berminat.. kadang2 dia cemburu!

53. lelaki adalah makhluk yg paling tidak suka kena marah.. (so bagi wanita.. jangan lah membebel terlalu lama.. x pasal2 kena tinggal dok sorang2 baru tahu) :)

54. Lelaki takkan tahu apa yang wanita rasa kalau tak diberitahu.. lelaki susah faham bahasa gaya badan seseorang wanita. lebih2 lagi kalau bab emosi =='

55. sedar atau tak seseorang lelaki tu apabila beremosi dengan pasangan, dia selfish! dia x akan sedar pasangannya banyak berkorban selagi perang besar tak berlaku.. (wanita dari tak nak ungkit tetiba jadi ungkit pula kan).. sama juga wanita.. -.-

p/s: entry ni bukan semua betul.. setiap orang kan berbeza.. so ni pendapat aku.. ^_^

Saturday, 29 October 2011

RaSe RakYat JoHor?? meh baCe Nie..

KELUARGA DIRAJA JOHOR

hmm..tiba-tiba aku terbaca plak pasal negeri johor nie...lepas bace nie baru aku tahu banyak giler aku x tahu pasal negeri aku nak-nak lagi pasal pemimpin dia..haishh..sedih pula rasa hati nie...bagi aku..siapa2 yg ada niat nak buruk2 kan orang lain tuh..ingat2 la diri sendiri yee...jangan ingat apa yang orang lain buat tuh ade kesan negatif je tengok2 la juga dari segi aspek positif...so aku nak kongsi citer ape yang aku dah bace....nie adalah ayat full dari blogger yang aku bace...NAK TAHU LEBIH LANJUT??..jum layari http://jamilkucing.wordpress.com/2009/08/20/keluarga-diraja-johor/ 
***

20 Aug

Sultan Johor Dan Tengku Mahkota Johor




Banyak yg perlu diambil tau tentang institusi raja2 melayu. Mungkin sebab lahir di zaman kesultanan moden, kite mesti lihat kembali sejarah dan fahami baru tau beza baik dan buruk. jamil nak share sikit je, nenda kpd sultan iskandar (johor) iaitu sultan sir ibrahim al-mashyur ibni maharaja sultan sir abu bakar ialah org melayu pertama berdarah raja terkaya di dunia (article tu jamil baca di salah sebuah article lama keluaran england),baginda pemerintah negeri johor yg merdeka sejak 4 jun 1895- 8 mei 1959 (64 jubilee years) yg tak pernah dijajah /diperintah oleh british /jepun (satu2 negeri takde pemerintah british menguasai negeri) dan satu-satu nya negeri yg pemerintah tertinggi british akur menjadi org kuat no 2 selepas sultan ibrahim.

Istana Besar Johor yg skrg ni dibuka umum sbg muzium diraja adalah tempat semayam ayahandanya sultan ibrahim, sekitar tahun 1880an (waktu tu dah ade istana sebesar tu dan kawasan sekitar yg besar gile!). Baginda satu-satu sultan ketika itu yg mempunyai banyak tak terkata koleksi-koleksi kerete mewah buatan america dan europe, koleksi-koleksi motor kuasa tinggi, kuda-kuda baka terbaik dunia, dan kalau kite nak kata die beli tu semua pakai duit rakyat? lojik ke? rakyat time tu pun setakat makan pucuk ubi, sekolah pun bukan smua mampu, mane datangnya duit yg sultan nak kaut waktu tu? so tak adil la kite kata macam tu pada semua tuanku sultan johor .
Baginda juga waktu tu ade askar sendiri yg sampai sekarang wujud iaitu JMF johor military forces yg ditugas utk mengawal istana, harta-harta diraja, istiadat-istiadat, pengiring diraja, dan juga ada pasukan polis diraja johor untuk jadi “aide de coupe” tuanku sampailah skrg ni, thats why la kite semua tgk sultan johor skrg ni kaya raya, kete mewah-mewah dan yg penting kete semua pelik-pelik jarang org msia pakai dan dibuat khas utk sultan iskandar johor,tak payah cite kete sultan johor.jamil kerja di istana tengku mahkota pun naik gila mula-mula datang sana,ye la jamil memang minat kereta sport mahal-mahal. tau tau kerja di tempat yg penuh dgn kete-kete tu.mula-mula naik gila wa cakap lu. sama jugak koleksi jam, kilang rolex di geneve switzerland membuat jam tangan khas dgn cop khas “Sultan Of Johor” dan juga “Royal Crown Of Johor”, koleksi aviation heli/jet: citation II, Augusta, Gulfstream V special performance jet (berdaftar 9M-ISJ) kereta-kereta, jet-jet n heli-heli semua dipandu sendiri tuanku dan dibeli sendiri kerana sultan johor mempunya rangkaian perniagaan luar negara, hartanah, perladangan, etc yg luas termasuk perniagaan minyak yg dijalankan oleh TMJ dan kerabat-kerabat johor, dari situ datangnya hasil mereka dan of course memang mereka-mereka ni kaya sedia ada sebab golongan raja itu kite nak nafi ape lagi kan, dan sikit info utk kite smua..

Mungkin tak ramai yg perasan,..tahun 1984 giliran sultan iskandar jadi Agong malaysia baginda tak pernah amik elaun sebagai agong dan menitahkan agar semua elaun tu diserahkan pada badanbadan kabajikan yg dipilih beliau sendiri, dan badan-badan kebajikan yg menerima tu sebenarnya adalah badanbadan yg betul-betul susah dan dipinggir kerajaan, mungkin ade juga yg pernah dengar bile beliau nak masuk pejabat-pejabat kerajaan di KL waktu tu, semua kelam kabut, waktu tu lah segala urusan kerajaan lancar selancar-lancarnya, dan tuanku tak bersemayam di istana negara pun tapi di istana johor beliau sendiri di jln stonor. waktu banjir 2006 di johor pun sultan johor spend duit poket sendiri beratus ribu utk mangsa2 tak termasuk sumbangan kerajaan johor utk mangsa banjir. aku jugak fikir ade lagi sultan2 lain yg kaya diatas hasil sendiri dan ade juga yg mengambil kesempatan atas pendapatan rakyat tapi jamil tak nak sebut siapa.. jamil bertugas sebagai pengiring anak tengku mahkota dan diraja, mungkin biar jamil sendiri yg tau rahsia-rahsia tu.yg boleh aku kongsi , aku kongsi, yang patut di rahsiakan biarkanlah di dalam hati aku sahaja.

Sultan of Johor ialah seorang sultan yg sangat berdisiplin, berilmu agama tinggi, dedikasi dan tegas dalam mentadbir negerinya, dalam soal pemecatan ini,contoh di perasmian sidang dun hari itu , kita semua rakyat Malaysia boleh nampak betapa sultan johor tidak mengira latar belakang seseorang yg baginda mahu lucutkan jawatannya, sedangkan salah seorang yg dipecat itu adalah kerabat diraja terdekat, anak saudara tuanku sultan johor sendiri. Dalam soal disiplin, tuanku tidak berkompromi, sebab itulah sebenarnya sikap yg perlu ada pada seorang pemimpin.

Nasib baik cina-cina DAP tu tak kena tampar oleh tuanku, memandangkan tuanku pun tak berapa sihat, dan nasib baik pula tak dihalau keluar negeri. Tuanku sultan johor sering dilihat sebagai negative oleh sebahagian penduduk Malaysia yg berada di luar negeri Johor, tapi marilah datang sendiri ke negeri ini, dan perhatikan saja apa yang baginda buat utk negerinya.. begitulah yang dididik oleh almarhum-almarhum ayahanda dan nenda tuanku dulu, dan begitu jugalah yang tuanku didik kepada anak-anak tuanku, lihat sajalah Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, lihatlah keperibadiannya, lihatlah TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, lihatlah peribadi tunku ( lihat yg positif nya) ,setiap malam apabila beliau balik dari mana-mana aku jamil akan di panggil ke bilik tengku mahkota. biasalah setelah penat ke sana ke mari. kaki sakit. jadi adalah tugas jamil mengurutnya. cara tengku mahkota bertitah,atau bercakap. dengan jamil. tak de pualk die jerkah ke sergah ke. memang la muke dia nampak garang ,orang takut ngan die. mana boleh kita samakan orang biasa dgn mereka. boleh ke kita samakan kepala keretapi dengan badan keretapi. maka semua akan tak sangka yg dia adalah sultan yg memimpin dgn baiknya di seluruh negeri baginda, bukak pemimpin manusia yg baik tapi pencinta haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Sesiapa yg datang ke Johor Bahru, lihat sajalah pokok-pokok dan kehijauan negeri ni, kalau tak kerana tuanku, jawabnya JB ni jadi mcm KL la, selagi ade pokok nak ditebang aje! Tuanku paling tak suka publisiti di media massa, audio, video, jarang kita lihat berita-berita baginda melawat cerukceruk kampung ( lawatan tak rasmi, spontan) di tv, atau berita2 tv, kenapa? kerana beliau memang dari dulu bersikap humble dan down to earth, tuanku seorang yg buat sesuatu utk rakyat tapi tak suka memberitahu umum. Masih saya ingat.. Sultan Iskandar sering menasihatkan Tengku mahkota johor TMJ Tunku Ibrahim Ismail “Anggaplah kita ni lebih rendah daripada rumput..” sebab itu tengku mahkota johor amat menghormati malah memang takut kepada tuanku sultan johor. sekian utk makluman

Jamil jarang menaip dengan ayat-ayat baik-baik atau cantik di pandang serta di dengar.sebab jamil dah benci dengan cara orang melayu, tapi ini pasal sesuatu yg selalu di pandang serong dan salah jamil tahu so tanggungjawab jamil untuk betulkan la. keadilan kena ada.










antara comment yg perlu tahu
trj September 29, 2009 at 7:11 am #
saya setuju dgn brader jamil. Ayahanda saya biasa juga ke istana pasir pelangi dan istana bukit serene atas urusan kerajaan mahupun lawatan biasa, tuanku memang humble dan bersahaja, ade prinsip dan style tersendiri. Tengku Yem dari kecil sentiasa dgn tuanku, tuanku mahu negeri Johor berada dlm tapak tgn tmj. Kadang2 saya juga sering ikut ayahanda ke istana bukit serene, baca yassin mlm jumaat etc tuanku akan turut serta dgn baju polo-T nya, baginda akan duduk ditengah dgn tekun dan tawaduk mengaji. Tuanku sgt praktikal dan teknikal orgnya. Bayangkan superbike kalau dibogelkan tuanku bole padang balik, bukan setakat minat je tapi beliau mahir dgn lebih terperinci. Bila ketika LIMA berlangsung, tuanku sgt prihatin mempelajari tentang produk2 baru aircarft, heli atau apa saja. Mica metallic paint & glass-based sikken paints sejenis paint yg sgt limited dicat diatas badan agustanya dan gulfstream (dikatakan technology system utk gulfstream special performance tuanku adalah yg paling latest). Arwah nenda saya bekerja sbg juru audit ketika pemerintahan sultan ibrahim, beliau dititah supaya dijadikan wakil rakyat kawasan wadi hana tetapi beliau menolak dgn baik dan berkata “saya tak mau jadi pembohong” dan beliau menceritakan almarhum sultan ibrahim setiap 5 pagi akan menunggang kudanya sendiri dan melawat ladang getahnya sekitar wadi hana, bukit senyum hingga ke kawasan taman pelangi (waktu itu masih hutan tebal). Nenda saudara saya menghadiri kemangkatan almarhum sultan ibrahim, upacara kemangkatan baginda gilang gemilang, juruterbang2 royal air force dari australia salah satu RAF yg hadir utk memberi lintasan hormat diruang udara istana besar, sewaktu hayat baginda sultan ibrahim, utk menggalakkan anak2 ke masjid hari jumaat sultan ibrahim akan bersedekah 50sen setiap seorang kanak2 (50 sen dulu kalau ‘joli’ di singpapura masih ade baki lagi!)

jamilkucing October 1, 2009 at 5:06 pm #
Itulah sdr kadang-kadang orang ni suka buat cerita tentang orang lain.tapi tak benar.hanya kerana busuk hati je.


trj December 2, 2009 at 2:03 am #
Betul tu. Bertuahlah brader jamil berpeluang berada di tgh2 kerabat johor lebih dekat. Memang mereka begitu, garang, cerewet dan tegas pendek kata memang ‘bossy’ style (Bapa saya dititahkan dtg membawa helang putih utk anak TMJ tapi disuruh lepas, kemudian disuruh tangkap pula, dilepas balik, anaknya kata sayang pula disuruh tangkap pulak last2 burung tu hinggap di pagar Istana terpaksalah bapa saya panjat utk tangkap secara hendap), tapi apa nak dikata.. dah darah mereka darah pemerintah, kalau tak kerana gitu Johor ni dari dulu tak maju, dek kerana sikap tegas,disiplin,cerewet kerana itulah johor negeri malaya pertama yg maju jauh berbeza negeri2 lain. (Arwah nenda saya pernah bertugas di Grand Prix Johore tahun 1950an, bygkan waktu tu Johor dah ada grand prix sendiri KL pun belum ada apa sangat, tak payah nak eksyen sepang tu, Kebwh Duli Tuanku pernah menjuarai Johore Grand Prix tak silap saya pd tahun 1960 sebab tu Tuanku wujudkan Johor Race Series di litar pasir gudang)



PuTeh January 27, 2010 at 2:25 pm #
salam En Jamil,
sepanjang saya hidup kt dunia ni, sy lum pernah jumpa mn2 kerabat raja apatah lg dgn rajanyer…En Jamil kirer beruntung habis lar. sm yg cm En Nazri ckp tu, ad kejer kosong tak?hihih..jd org biasa cm sy ni, jgn kata jumper, dpt Tunku Ibrahim bc ap yg sy tulis ni pn sy dh rs satu pencapaian hidup, kalau dia reply, mau pengsan seminggu sy…pasal manuskrip utk di publish mmg idea bagusz…
kepada En Jamil, jgnlah berhenti menulis criter terbaru tentang Tunku kiter yer…tak dpt jumper, dengar criter pn dh kirer ok…huhuh.
trj9 May 6, 2010 at 9:23 am #
Saya pun sokong klau en. jamil dapat sama2 lagi berkongsi pengalaman dan kisah2 beliau ketika bersama Kebwh Duli. Just to share.. Alhamdulillah, Kebwh Duli selamat pulang ke tanah air dari Mekah pada 24 April yg lalu menunaikan umrah bersama Raja Zarith dan kerabat yg lain dan rombongannya. Saya dpt berita ni dari org tua saya dan terus ke Prince Hotel bersama dgn ADC Kebwh Duli dan beberapa escort dari GGK yg membawa Kebwh Duli dari Airport subang utk berehat di hotel tersebut. Alhamdulillah nampaknya Kebwh Duli makin sihat, muka nmpak bersih dan molek wlaupun saya tau dia letih tu, jambang pun dah takde tinggal misai dgn janggut je. Sebelum pulang ke JB dgn jet peribadinya sempat pula tu tengok Tunku Tik lawan polo final di RSPC ampang. RJPC menang lagi, nmpak Kebwh Duli senyum lebar sblum meninggalkan padang dan berangkat ke JB..


trj9 May 6, 2010 at 9:31 am #
Baru2 ni saya berjumpa dgn beberapa anggota GGK. Ada salah seorg darinya rakyat selangor yg telah berkhidmat lama di GGK dibwh naungan Almarhum Sultan Iskandar. Katanya.. smpai ke saat ni beliau masih lagi bersih dan sebak tatkala beliau terkenangkan Almarhum. Jasa Almarhum pd GGK seperti menjaga kebajikan keluarganya sendiri. Beliau tak menangis sebegitu ketika arwah ayahnya meninggal. Saya sendiri sebak dgr die bercerita, tp saya kata.. apa nak buat Allah lebih sayangkan dia. Pergi pun pada hari jumaat yg mulia. (sbrnya Almarhum pergi pada pagi Jumaat lagi..bkn smua org tau melainkan yg rapat memberitau. Kebwh Duli dgn sebaknya tetap mengatakan Abahnya masih hidup walhal sudah tiada pagi tu) Fikirlah wahai org yg mengutuk Almarhum, seburuk2 dan sejahat2 Almarhum sekalipun..Allah menjemputnya pada hari jumaat. Tnyalah ustaz atau org yg beragama, setiap hari jumaat Allah akan luaskan kubur. Sebab tu bukan calang org yg meninggal pd hari jumaat… Al-Fatihah..



*** 



#BANGGA !! ;D

Friday, 28 October 2011

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA


Rabu, 26 November 2008 01:36
E-mail Cetak
Pengambilan baru anggota dan pegawai Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia telah dinyatakan dalam seksyen 36 Akta Polis 1967, seksyen 10 (Bhg III) dalam Peraturan Sukarelawan Polis 1956 dan Bhg E dalam PTKPN 502.
Syarat-syarat kemasukan
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
  • Lulus SRP/LCE/PMR atau setaraf dengannya
  • Mempunyai pekerjaan tetap
  • Lulus pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan kerajaan
  • Calon mestilah sekurang-kuramgnya tinggi 162cm (5’4’) bagi lelaki dan 152cm (5’) bagi wanita.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah
  • Berjaya dalam temuduga lembaga pemilihan

Had Umur Perkhidmatan
  • Had umur perkhidmatan bagi Sukeralawan Polis adalah seperti berikut:-
  • Pegawai Kanan  - 55 tahun
  • Pegawai Pangkat Rendah  - 50 tahun
  • Konstabel  - 47 tahun (Tidak boleh sambung)

Didalam seksyen 15 (Bhg VI) Peraturan Sukarelawan Polis 1956, Pegawai Kanan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia boleh diluluskan penyambungan perkhidmatan sehingga 60 tahun oleh Ketua Polis Negara dan Anggota Pangkat Rendah boleh disambung sehingga 55 tahun diluluskan oleh Ketua Polis.


maklumat lanjut boleh layari https://www.polisjohor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=71%253Asyarat-dan-kelayakan-permohonan-anggota-sukarelawan-polis-diraja-malaysia&catid=2%253Anews-centre-current&Itemid=3&lang=bm

Thursday, 27 October 2011

bau Badan Tengik??




Bau badan tengik??
Cuaca panas dan terik bukan hanya membuatkan kulit terasa seperti ‘dibakar’ tetapi juga badan berpeluh dan lebih merumitkan apabila timbul bau kurang menyenangkan. Peluh dan bau dianggap saling berkaitan walaupun hakikatnya peluh bukan penyebab utama timbulnya bau badan yg membuatkan kita tidak selesa. Sama ada kita sedar atau tidak, bau badan sebenarnya berpunca daripada badan yg kurang bersih. Peluh tidak mempunyai bau, sebaliknya bau timbul apabila ia kering dan dipengaruhi tindakan bacteria yg wujud secara semula jadi pada kulit. Bakteria ini menguraikan peluh dan bau badan hanya enjadi medium untunk pengeluaran bau, jadi walaupun hanya sedikit peluh, ia mampu mendedahkan kita kepada risiko bau badan. Aku terbaca hasil kaji selidik dilakukan ‘NoSweat’ menunjukkan 65% rakyat Malaysia sering menjadikan factor bau badan rakan mereka sebagai bahan seloroh. Lebih mengejutkan lagi 60% rakyat Malaysia sanggup menahan nafas drpd menegur secara berterus-terang.

Badan manusia terbahagi kepada 2..iaitu apocrine dan eccrine.
Eccrine – digunakan untuk menurunkan suhu badan, terutama ketika bersenam
Apocrine – pengaliran keluar peluh di ketiak, tangan, kaki dan pangkal peha.
Faktor2 yg mempengaruhi pengeluaran peluh antaranya kepanasan, aspek pemakanan, gaya hidup, emosi, tekanan, pergerakan ringan dan kelembapan, makanan pedas, bahan pakaian.

Mengambil makanan atau minuman mengandungi kafein meransang system saraf pusat dan mengaktifkan system kalenjar peluh. Semakin banyak kafein semakin banyak peluh anda keluar..
There are 5 mitos about sweat and  viodour :
-          MITOS : kita hanya berpeluh pada hari panas
HAKIKAT : kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal
-          MITOS : berpeluh sedikit x menyebabkan bau badan
HAKIKAT : peluh x berbau tapi bacteria yg menyebabkan bau badan..sikit peluh mampu menyebabkan bau badan..
-          MITOS : wangian dapat melindungi daripada bau badan
HAKIKAT : TIDAK!! Hanya deodorant anti-peluh berupaya membasmi bacteria
-          MITOS : saya x mempunyai bau badan
HAKIKAT : kajian mengesahkan kita x berupaya mengesan bau badan sendiri

-          MITOS : deodorant x selamat digunakan kerana menyumbat liang roma
HAKIKAT : penggunaan deodorant selamat kerana mampu menghalakan peluh ke bahagian lain di mana peluh dapat disejat dengan cepat.
Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya 2x sehari. Bacteria tidak akan singgah di tempat bersih.
Guna deodorant yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bacteria daripada bertindak balas atas prmukaan kulit.
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 1litre sehari untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum 2 gelas air yg dicampurkan sedikit perahan limau.