Thursday 27 October 2011

bau Badan Tengik??




Bau badan tengik??
Cuaca panas dan terik bukan hanya membuatkan kulit terasa seperti ‘dibakar’ tetapi juga badan berpeluh dan lebih merumitkan apabila timbul bau kurang menyenangkan. Peluh dan bau dianggap saling berkaitan walaupun hakikatnya peluh bukan penyebab utama timbulnya bau badan yg membuatkan kita tidak selesa. Sama ada kita sedar atau tidak, bau badan sebenarnya berpunca daripada badan yg kurang bersih. Peluh tidak mempunyai bau, sebaliknya bau timbul apabila ia kering dan dipengaruhi tindakan bacteria yg wujud secara semula jadi pada kulit. Bakteria ini menguraikan peluh dan bau badan hanya enjadi medium untunk pengeluaran bau, jadi walaupun hanya sedikit peluh, ia mampu mendedahkan kita kepada risiko bau badan. Aku terbaca hasil kaji selidik dilakukan ‘NoSweat’ menunjukkan 65% rakyat Malaysia sering menjadikan factor bau badan rakan mereka sebagai bahan seloroh. Lebih mengejutkan lagi 60% rakyat Malaysia sanggup menahan nafas drpd menegur secara berterus-terang.

Badan manusia terbahagi kepada 2..iaitu apocrine dan eccrine.
Eccrine – digunakan untuk menurunkan suhu badan, terutama ketika bersenam
Apocrine – pengaliran keluar peluh di ketiak, tangan, kaki dan pangkal peha.
Faktor2 yg mempengaruhi pengeluaran peluh antaranya kepanasan, aspek pemakanan, gaya hidup, emosi, tekanan, pergerakan ringan dan kelembapan, makanan pedas, bahan pakaian.

Mengambil makanan atau minuman mengandungi kafein meransang system saraf pusat dan mengaktifkan system kalenjar peluh. Semakin banyak kafein semakin banyak peluh anda keluar..
There are 5 mitos about sweat and  viodour :
-          MITOS : kita hanya berpeluh pada hari panas
HAKIKAT : kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal
-          MITOS : berpeluh sedikit x menyebabkan bau badan
HAKIKAT : peluh x berbau tapi bacteria yg menyebabkan bau badan..sikit peluh mampu menyebabkan bau badan..
-          MITOS : wangian dapat melindungi daripada bau badan
HAKIKAT : TIDAK!! Hanya deodorant anti-peluh berupaya membasmi bacteria
-          MITOS : saya x mempunyai bau badan
HAKIKAT : kajian mengesahkan kita x berupaya mengesan bau badan sendiri

-          MITOS : deodorant x selamat digunakan kerana menyumbat liang roma
HAKIKAT : penggunaan deodorant selamat kerana mampu menghalakan peluh ke bahagian lain di mana peluh dapat disejat dengan cepat.
Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya 2x sehari. Bacteria tidak akan singgah di tempat bersih.
Guna deodorant yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bacteria daripada bertindak balas atas prmukaan kulit.
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 1litre sehari untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum 2 gelas air yg dicampurkan sedikit perahan limau.

No comments:

Post a Comment