KELUARGA DIRAJA JOHOR
hmm..tiba-tiba aku terbaca plak pasal negeri johor nie...lepas bace nie baru aku tahu banyak giler aku x tahu pasal negeri aku nak-nak lagi pasal pemimpin dia..haishh..sedih pula rasa hati nie...bagi aku..siapa2 yg ada niat nak buruk2 kan orang lain tuh..ingat2 la diri sendiri yee...jangan ingat apa yang orang lain buat tuh ade kesan negatif je tengok2 la juga dari segi aspek positif...so aku nak kongsi citer ape yang aku dah bace....nie adalah ayat full dari blogger yang aku bace...NAK TAHU LEBIH LANJUT??..jum layari http://jamilkucing.wordpress.com/2009/08/20/keluarga-diraja-johor/ 
***
20
                     Aug
                    
Sultan Johor Dan Tengku Mahkota Johor
Banyak yg perlu diambil tau tentang institusi raja2 melayu. Mungkin 
sebab lahir di zaman kesultanan moden, kite mesti lihat kembali sejarah 
dan fahami baru tau beza baik dan buruk. jamil nak share sikit je, nenda
 kpd sultan iskandar (johor) iaitu sultan sir ibrahim al-mashyur ibni 
maharaja sultan sir abu bakar ialah org melayu pertama berdarah raja 
terkaya di dunia (article tu jamil baca di salah sebuah article lama 
keluaran england),baginda pemerintah negeri johor yg merdeka sejak 4 jun
 1895- 8 mei 1959 (64 jubilee years) yg tak pernah dijajah /diperintah 
oleh british /jepun (satu2 negeri takde pemerintah british menguasai 
negeri) dan satu-satu nya negeri yg pemerintah tertinggi british akur 
menjadi org kuat no 2 selepas sultan ibrahim.
Istana Besar Johor yg skrg ni dibuka umum sbg muzium diraja adalah 
tempat semayam ayahandanya sultan ibrahim, sekitar tahun 1880an (waktu 
tu dah ade istana sebesar tu dan kawasan sekitar yg besar gile!). 
Baginda satu-satu sultan ketika itu yg mempunyai banyak tak terkata 
koleksi-koleksi kerete mewah buatan america dan europe, koleksi-koleksi 
motor kuasa tinggi, kuda-kuda baka terbaik dunia, dan kalau kite nak 
kata die beli tu semua pakai duit rakyat? lojik ke? rakyat time tu pun 
setakat makan pucuk ubi, sekolah pun bukan smua mampu, mane datangnya 
duit yg sultan nak kaut waktu tu? so tak adil la kite kata macam tu pada
 semua tuanku sultan johor .
Baginda juga waktu tu ade askar sendiri yg sampai sekarang wujud 
iaitu JMF johor military forces yg ditugas utk mengawal istana, 
harta-harta diraja, istiadat-istiadat, pengiring diraja, dan juga ada 
pasukan polis diraja johor untuk jadi “aide de coupe” tuanku sampailah 
skrg ni, thats why la kite semua tgk sultan johor skrg ni kaya raya, 
kete mewah-mewah dan yg penting kete semua pelik-pelik jarang org msia 
pakai dan dibuat khas utk sultan iskandar johor,tak payah cite kete 
sultan johor.jamil kerja di istana tengku mahkota pun naik gila 
mula-mula datang sana,ye la jamil memang minat kereta sport mahal-mahal.
 tau tau kerja di tempat yg penuh dgn kete-kete tu.mula-mula naik gila 
wa cakap lu. sama jugak koleksi jam, kilang rolex di geneve switzerland 
membuat jam tangan khas dgn cop khas “Sultan Of Johor” dan juga “Royal 
Crown Of Johor”, koleksi aviation heli/jet: citation II, Augusta, 
Gulfstream V special performance jet (berdaftar 9M-ISJ) kereta-kereta, 
jet-jet n heli-heli semua dipandu sendiri tuanku dan dibeli sendiri 
kerana sultan johor mempunya rangkaian perniagaan luar negara, hartanah,
 perladangan, etc yg luas termasuk perniagaan minyak yg dijalankan oleh 
TMJ dan kerabat-kerabat johor, dari situ datangnya hasil mereka dan of 
course memang mereka-mereka ni kaya sedia ada sebab golongan raja itu 
kite nak nafi ape lagi kan, dan sikit info utk kite smua..
Mungkin tak ramai yg perasan,..tahun 1984 giliran sultan iskandar 
jadi Agong malaysia baginda tak pernah amik elaun sebagai agong dan 
menitahkan agar semua elaun tu diserahkan pada badanbadan kabajikan yg 
dipilih beliau sendiri, dan badan-badan kebajikan yg menerima tu 
sebenarnya adalah badanbadan yg betul-betul susah dan dipinggir 
kerajaan, mungkin ade juga yg pernah dengar bile beliau nak masuk 
pejabat-pejabat kerajaan di KL waktu tu, semua kelam kabut, waktu tu lah
 segala urusan kerajaan lancar selancar-lancarnya, dan tuanku tak 
bersemayam di istana negara pun tapi di istana johor beliau sendiri di 
jln stonor. waktu banjir 2006 di johor pun sultan johor spend duit poket
 sendiri beratus ribu utk mangsa2 tak termasuk sumbangan kerajaan johor 
utk mangsa banjir. aku jugak fikir ade lagi sultan2 lain yg kaya diatas 
hasil sendiri dan ade juga yg mengambil kesempatan atas pendapatan 
rakyat tapi jamil tak nak sebut siapa.. jamil bertugas sebagai pengiring
 anak tengku mahkota dan diraja, mungkin biar jamil sendiri yg tau 
rahsia-rahsia tu.yg boleh aku kongsi , aku kongsi, yang patut di 
rahsiakan biarkanlah di dalam hati aku sahaja.
Sultan of Johor ialah seorang sultan yg sangat berdisiplin, berilmu 
agama tinggi, dedikasi dan tegas dalam mentadbir negerinya, dalam soal 
pemecatan ini,contoh di perasmian sidang dun hari itu , kita semua 
rakyat Malaysia boleh nampak betapa sultan johor tidak mengira latar 
belakang seseorang yg baginda mahu lucutkan jawatannya, sedangkan salah 
seorang yg dipecat itu adalah kerabat diraja terdekat, anak saudara 
tuanku sultan johor sendiri. Dalam soal disiplin, tuanku tidak 
berkompromi, sebab itulah sebenarnya sikap yg perlu ada pada seorang 
pemimpin.
Nasib baik cina-cina DAP tu tak kena tampar oleh tuanku, memandangkan
 tuanku pun tak berapa sihat, dan nasib baik pula tak dihalau keluar 
negeri. Tuanku sultan johor sering dilihat sebagai negative oleh 
sebahagian penduduk Malaysia yg berada di luar negeri Johor, tapi 
marilah datang sendiri ke negeri ini, dan perhatikan saja apa yang 
baginda buat utk negerinya.. begitulah yang dididik oleh 
almarhum-almarhum ayahanda dan nenda tuanku dulu, dan begitu jugalah 
yang tuanku didik kepada anak-anak tuanku, lihat sajalah Tunku Puan 
Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, lihatlah 
keperibadiannya, lihatlah TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, 
lihatlah peribadi tunku ( lihat yg positif nya) ,setiap malam apabila 
beliau balik dari mana-mana aku jamil akan di panggil ke bilik tengku 
mahkota. biasalah setelah penat ke sana ke mari. kaki sakit. jadi adalah
 tugas jamil mengurutnya. cara tengku mahkota bertitah,atau bercakap. 
dengan jamil. tak de pualk die jerkah ke sergah ke. memang la muke dia 
nampak garang ,orang takut ngan die. mana boleh kita samakan orang biasa
 dgn mereka. boleh ke kita samakan kepala keretapi dengan badan 
keretapi. maka semua akan tak sangka yg dia adalah sultan yg memimpin 
dgn baiknya di seluruh negeri baginda, bukak pemimpin manusia yg baik 
tapi pencinta haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Sesiapa yg datang ke Johor Bahru, lihat sajalah pokok-pokok dan 
kehijauan negeri ni, kalau tak kerana tuanku, jawabnya JB ni jadi mcm KL
 la, selagi ade pokok nak ditebang aje! Tuanku paling tak suka publisiti
 di media massa, audio, video, jarang kita lihat berita-berita baginda 
melawat cerukceruk kampung ( lawatan tak rasmi, spontan) di tv, atau 
berita2 tv, kenapa? kerana beliau memang dari dulu bersikap humble dan 
down to earth, tuanku seorang yg buat sesuatu utk rakyat tapi tak suka 
memberitahu umum. Masih saya ingat.. Sultan Iskandar sering menasihatkan
 Tengku mahkota johor TMJ Tunku Ibrahim Ismail “Anggaplah kita ni lebih 
rendah daripada rumput..” sebab itu tengku mahkota johor amat 
menghormati malah memang takut kepada tuanku sultan johor. sekian utk 
makluman
Jamil jarang menaip dengan ayat-ayat baik-baik atau cantik di pandang
 serta di dengar.sebab jamil dah benci dengan cara orang melayu, tapi 
ini pasal sesuatu yg selalu di pandang serong dan salah jamil tahu so 
tanggungjawab jamil untuk betulkan la. keadilan kena ada.
antara comment yg perlu tahu
saya setuju dgn brader jamil. Ayahanda saya biasa juga ke istana 
pasir pelangi dan istana bukit serene atas urusan kerajaan mahupun 
lawatan biasa, tuanku memang humble dan bersahaja, ade prinsip dan style
 tersendiri. Tengku Yem dari kecil sentiasa dgn tuanku, tuanku mahu 
negeri Johor berada dlm tapak tgn tmj. Kadang2 saya juga sering ikut 
ayahanda ke istana bukit serene, baca yassin mlm jumaat etc tuanku akan 
turut serta dgn baju polo-T nya, baginda akan duduk ditengah dgn tekun 
dan tawaduk mengaji. Tuanku sgt praktikal dan teknikal orgnya. Bayangkan
 superbike kalau dibogelkan tuanku bole padang balik, bukan setakat 
minat je tapi beliau mahir dgn lebih terperinci. Bila ketika LIMA 
berlangsung, tuanku sgt prihatin mempelajari tentang produk2 baru 
aircarft, heli atau apa saja. Mica metallic paint & glass-based 
sikken paints sejenis paint yg sgt limited dicat diatas badan agustanya 
dan gulfstream (dikatakan technology system utk gulfstream special 
performance tuanku adalah yg paling latest). Arwah nenda saya bekerja 
sbg juru audit ketika pemerintahan sultan ibrahim, beliau dititah supaya
 dijadikan wakil rakyat kawasan wadi hana tetapi beliau menolak dgn baik
 dan berkata “saya tak mau jadi pembohong” dan beliau menceritakan 
almarhum sultan ibrahim setiap 5 pagi akan menunggang kudanya sendiri 
dan melawat ladang getahnya sekitar wadi hana, bukit senyum hingga ke 
kawasan taman pelangi (waktu itu masih hutan tebal). Nenda saudara saya 
menghadiri kemangkatan almarhum sultan ibrahim, upacara kemangkatan 
baginda gilang gemilang, juruterbang2 royal air force dari australia 
salah satu RAF yg hadir utk memberi lintasan hormat diruang udara istana
 besar, sewaktu hayat baginda sultan ibrahim, utk menggalakkan anak2 ke 
masjid hari jumaat sultan ibrahim akan bersedekah 50sen setiap seorang 
kanak2 (50 sen dulu kalau ‘joli’ di singpapura masih ade baki lagi!)
Itulah sdr kadang-kadang orang ni suka buat cerita tentang orang lain.tapi tak benar.hanya kerana busuk hati je.
Betul tu. Bertuahlah brader jamil berpeluang berada di tgh2 
kerabat johor lebih dekat. Memang mereka begitu, garang, cerewet dan 
tegas pendek kata memang ‘bossy’ style (Bapa saya dititahkan dtg membawa
 helang putih utk anak TMJ tapi disuruh lepas, kemudian disuruh tangkap 
pula, dilepas balik, anaknya kata sayang pula disuruh tangkap pulak 
last2 burung tu hinggap di pagar Istana terpaksalah bapa saya panjat utk
 tangkap secara hendap), tapi apa nak dikata.. dah darah mereka darah 
pemerintah, kalau tak kerana gitu Johor ni dari dulu tak maju, dek 
kerana sikap tegas,disiplin,cerewet kerana itulah johor negeri malaya 
pertama yg maju jauh berbeza negeri2 lain. (Arwah nenda saya pernah 
bertugas di Grand Prix Johore tahun 1950an, bygkan waktu tu Johor dah 
ada grand prix sendiri KL pun belum ada apa sangat, tak payah nak eksyen
 sepang tu, Kebwh Duli Tuanku pernah menjuarai Johore Grand Prix tak 
silap saya pd tahun 1960 sebab tu Tuanku wujudkan Johor Race Series di 
litar pasir gudang)
salam En Jamil,
sepanjang saya hidup kt dunia ni, sy lum pernah jumpa mn2 kerabat raja apatah lg dgn rajanyer…En Jamil kirer beruntung habis lar. sm yg cm En Nazri ckp tu, ad kejer kosong tak?hihih..jd org biasa cm sy ni, jgn kata jumper, dpt Tunku Ibrahim bc ap yg sy tulis ni pn sy dh rs satu pencapaian hidup, kalau dia reply, mau pengsan seminggu sy…pasal manuskrip utk di publish mmg idea bagusz…
sepanjang saya hidup kt dunia ni, sy lum pernah jumpa mn2 kerabat raja apatah lg dgn rajanyer…En Jamil kirer beruntung habis lar. sm yg cm En Nazri ckp tu, ad kejer kosong tak?hihih..jd org biasa cm sy ni, jgn kata jumper, dpt Tunku Ibrahim bc ap yg sy tulis ni pn sy dh rs satu pencapaian hidup, kalau dia reply, mau pengsan seminggu sy…pasal manuskrip utk di publish mmg idea bagusz…
kepada En Jamil, jgnlah berhenti menulis criter terbaru tentang Tunku
 kiter yer…tak dpt jumper, dengar criter pn dh kirer ok…huhuh.
Saya pun sokong klau en. jamil dapat sama2 lagi berkongsi 
pengalaman dan kisah2 beliau ketika bersama Kebwh Duli. Just to share.. 
Alhamdulillah, Kebwh Duli selamat pulang ke tanah air dari Mekah pada 24
 April yg lalu menunaikan umrah bersama Raja Zarith dan kerabat yg lain 
dan rombongannya. Saya dpt berita ni dari org tua saya dan terus ke 
Prince Hotel bersama dgn ADC Kebwh Duli dan beberapa escort dari GGK yg 
membawa Kebwh Duli dari Airport subang utk berehat di hotel tersebut. 
Alhamdulillah nampaknya Kebwh Duli makin sihat, muka nmpak bersih dan 
molek wlaupun saya tau dia letih tu, jambang pun dah takde tinggal misai
 dgn janggut je. Sebelum pulang ke JB dgn jet peribadinya sempat pula tu
 tengok Tunku Tik lawan polo final di RSPC ampang. RJPC menang lagi, 
nmpak Kebwh Duli senyum lebar sblum meninggalkan padang dan berangkat ke
 JB..
Baru2 ni saya berjumpa dgn beberapa anggota GGK. Ada salah seorg 
darinya rakyat selangor yg telah berkhidmat lama di GGK dibwh naungan 
Almarhum Sultan Iskandar. Katanya.. smpai ke saat ni beliau masih lagi 
bersih dan sebak tatkala beliau terkenangkan Almarhum. Jasa Almarhum pd 
GGK seperti menjaga kebajikan keluarganya sendiri. Beliau tak menangis 
sebegitu ketika arwah ayahnya meninggal. Saya sendiri sebak dgr die 
bercerita, tp saya kata.. apa nak buat Allah lebih sayangkan dia. Pergi 
pun pada hari jumaat yg mulia. (sbrnya Almarhum pergi pada pagi Jumaat 
lagi..bkn smua org tau melainkan yg rapat memberitau. Kebwh Duli dgn 
sebaknya tetap mengatakan Abahnya masih hidup walhal sudah tiada pagi 
tu) Fikirlah wahai org yg mengutuk Almarhum, seburuk2 dan sejahat2 
Almarhum sekalipun..Allah menjemputnya pada hari jumaat. Tnyalah ustaz 
atau org yg beragama, setiap hari jumaat Allah akan luaskan kubur. Sebab
 tu bukan calang org yg meninggal pd hari jumaat… Al-Fatihah..
*** 
#BANGGA !! ;D 


