hohoohoh...ROMANTK??? ROMANTIS?? ROMANCE?? ....banyak istilah dia kan..zaman sekarang ramai remaja-remaja perempuan meletakkan romantik sebagai salah satu ciri-ciri yang perlu ada dalam list for MY partner. jangan terkejut pada zaman sekarang ada juga lelaki merasakan yg sama. jangan ingat hanya lelaki yg arif dalam romantik nie perempuan pon ada..malah lagi hebat... tapi x sehebat RASULULLAH...ramai yg ingat bila sebut saja romantik..POP!! 'couple'....nope..nope...yg ni lain..apa yg lainnya?? haishh...bacalah sampai habis...#Suspen >.<
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya.
Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga
Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah
al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Walaupun
Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun
di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup
romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah
ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan
pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh
egois. huh! #Sambil Buat Gaya Bengis H_H
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh
kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan
romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda
bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
•❤• Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan
Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan
ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama
pasangan.
ROMANTIKNYA Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja ... heeee jum selami lagi ~ ♥ ~
•❤• sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”.
Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya
menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa
“Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda
menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di
atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti
dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan
bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah
membonceng di belakangnya.... aigooo~ sweetnye #Terbayang2x
•❤• Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar.
Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya
merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan
dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”.
•❤• Untuk menambahkan romantis terhadap isteri,
disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan
menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah
untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah
menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah
mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama.
(Hadis riwayat Muslim) . Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun
hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin
ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik
sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang
sudah lama berkahwin akan bertambah rasa 'eeeuuuu~' bila bermadu kasih dengan
isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah
datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah
romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya
sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya,
gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang
datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut
kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati.
Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut
meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari
diijabkabulkan.
•❤• Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “
Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi
isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan
membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW
sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya
kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam
Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada
suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain
bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu
baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari
dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan
mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid... (indahnya)
Rasulullah
bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang
mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan
kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian,
hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda
bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi
Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan
menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika
isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
•❤• Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya.
Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah
Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan
kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah
makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu
Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW
tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan
mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah,
Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini
merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga
Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja
memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu
romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta
sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau
senda, belaian dan sentuhan.
•❤• Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya.
Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai
si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih
intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya
Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam
daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir
itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang
ditonjolkan dari Nabi SAW.
Sesungguhnya bersikap romantis
sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah
ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan.
Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri.
Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang
suami.. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta
Romeo dan Juliet. .?? Jawablah dengan manja... Romantis ini bukan dari novel
biasa, tetapi romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.. ;)
inilah kisah cinta romantis yang paling HEBAT ... apabila membacanya seperti tidak mahu berhenti membaca .. kita akan jatuh..dan jatuh..dan tersungkur terhadap romantisnya gaya RASULULLAH .. ♥ ..siapa kata Rasulullah x romantik..romantik baginda jauh lebih hebat daripada kasanova2x di dunia tau... ramai yg amalkan cara Baginda semasa couple..tapi lepas kahwin.. lama-lama lupa dengan sunnah Baginda.. nak rasa?? jumla pakat ramai2x kahwin .. best tau kahwin ( gaya macam da kahwin pula :p ) ...
p/s: to my future hubby - sayang..sy x perlukan KLCC untuk tahu seberapa tinggi nilai cintamu .. x perlukan kereta Ferrari untuk tahu seberapa mahalnya cintamu .. x perlukan aircond cukuplah dengan kipas untuk tahu nikmatnya berada di sisimu .. xperlukan kata-kata jiwang cukupla perkataan 'Aku Sayang Kepada mu' untuk tahu isi hatimu ... sayang .. jangan datang lambat sangat tau .. diri ini menantimu ~
♫... yg ikhlas menanti ...♫ ^_^
♫... yg ikhlas menanti ...♫ ^_^
♫ Sumber isi: http://www.imamudasyraf.com/ :)
No comments:
Post a Comment